Jumaat, 28 Januari 2011

Kena bedah bulan Feb nanti

Assalammualaikum dan selamat pagi,

Semalam pagi-pagi aku, mak dan aiza pergi hospital. Macam yang diberitau oleh doktor pagi tu sepatutnya adik aku jalani prosedur CA. Aku nampak muka mak memang risau, takut tak sempat jumpa adik sebelum dia masuk bilik buat prosedur, aku hanya mampu berdoa dalam hati agar adik aku dikuatkan semangat dan boleh harungi ujian ini. Perjalanan dari rumah mak cik aku ke hospital taklah jauh, lebih kurang 15km jer... tapi disebabkan jem, maka kami sampai lewat sedikit di hospital.

Sampai hospital, mak terus naik ke atas. Aku pergi parking kereta. Lepas tu aku dan Aiza naik atas. Adik aku ditempatkan di tingkat 4 wad Neurology katill no. 12. Sebenarnya kalau pagi ni tak boleh masuk ada guard jaga sebab bukan waktu melawat, tapi aku beritau mak guard erkk.. boleh ekk guna mak guard? hehehe boleh aa... paham kan?! aku nak jumpa adik aku sebab nak kena operate pagi ni... Sampai kat atas, mak aku tunggu depan pintu lift. Mak cakap adik masih tidur. So, aku masuk kejap tengok adik aku, ermm.. nyenyak dia tidur... lepas tu aku saje kejut dia tanya, dah mandi ke? sebab nak buat prosedur CA tu masuk dari celah kelengkang pastu sampai ke urat leher...  Adik aku cakap dah mandi... rupanya pukul 530am dah mandi, nurse kejut dia... lepas tu kena masuk air kat tangan... ermm.. patutlah dia mengantuk sangat... Sayu hati aku tengok dia... Dari luaran adik aku memang nampak tak sakit... cergas, riang, happy jer.. boleh bergurau dengan jururawat lelaki kat wad tu, macam tak de apa-apa sakit... macam biasa yang aku tengok dia... tak de rupa orang sakit pun... Tapi aku yang dah tau dia sakit tu, aku sedih... tapi aku tak tunjukkan...

Deedam tengah tidur masa sampai tengok dia

Kena masuk air, sebab semalaman puasa

Nyenyak dia tidur

Lepas aku dan Aiza jumpa adik aku, Mak cakap dengan aku, "Kau balik dulu, mak tunggu adik" ermm.. aku rasa macam tak best pula nak tinggalkan mak aku seorang-seorang kat situ. Aku tanya mak nak makan apa, mak kata takpe nanti mak cari sendiri, mak nak tunggu adik, nanti apa-apa hal mak beritau kau!.. Ok mak, memandangkan kat situ pun tak boleh menunggu, aku dengan Aiza balik dulu...

Lebih kurang pukul 10am lebih, mak aku call, dia cakap adik boleh keluar wad, tak jadi buat buat CA, operate terus 14 Feb ni, masuk hospital 12 Feb. Mak cakap lagi, tadi doktor pakar datang melawat, dan beritau tak jadi buat CA sebab berisiko tinggi, kemungkinan boleh kena strok.. Allah... kena proceed terus dengan operation. Kena buat cepat, sebab kalau lambat nanti boleh effect mata adik aku, kemungkinan boleh jadi buta dan lumpuh sebelah kiri badan... Doktor kata kalau dalam masa 6 bulan tak buat... kemungkinan tu boleh terjadi pada adik aku... Allahuakhbar... terkejut aku... sampai macam tu sekali.... Moga pembedahan adik aku selamat nanti... tak dapat aku bayangkan macam mana nanti. Hanya doa yang mampu aku berikan... Tak sanggup aku nak hadapi situasi tu.. Mak minta doktor buat yang terbaik jer untuk adik aku ni... Amin... Mak cakap lagi, nanti semua dah settle boleh datang ambil dia dan Deedam. Aku beritau mak, minta surat doktor untuk pendaftaran sekolah adik nanti. Doktor bagi M.C untuk adik aku sampai 12 Feb 2011 ni... Doktor kata lepas  operation baru boleh beritau macam mana condition dia...

Lebih kurang pukul 1 tengahari, aku on the way ambil mak dan adik kat hospital. Sampai hospital ambil barang adik aku, lepas tu ambil ubat, kami pun balik rumah mak cik aku. Dalam kereta aku pesan kat adik aku jangan main basikal lagi, jangan main jauh-jauh dari rumah, jangan berlari, jangan melompat... dll semua tu aku pesan sebab aku sayangkan dia... doktor pun pesan tak boleh lasak-lasak... Deedam angguk jer... dia paham ke dia ingat ke aku pun tak tau.. disebabkan ada ketumbuhan kat kepala dia, kini aku tak salahkan dia, tak marah dia kalau dia tak ingat... Aku faham keadaan dia...

Sampai rumah mak cik aku, aku tanya Deedam,

Aku: adik tau tak adik nak kena operate?
Deedam: Tahu
A: Kat mana
D: Sini (dia tunjuk kat kepala sebelah kiri dia)
A: Kau tau tak kenapa nak kena operate?
D: Tau, ada ketumbuhan
A: Kau takut tak?
D: Mula-mula tu takut laa.. lepas tu tak aa..
A: (Dalam hati) haduhh adik aku... beraninya kau! Moga Allah tabahkan hatimu adik.. kuatkan semangat kau... aku sebak... tapi muka adik aku macam takde apa-apa... tapi aku tak tau dalam hati dia macam mana.. Moga Allah sentiasa disampingnya...

Kat rumah mak cik aku, aku tengok Deedam happy jer.. ceria jer... Dia nak main game kat laptop main internet aku bagi jer... dalam keadaan sekarang nih... apa pun permintaan adik aku.. aku nak tunaikan... kalau boleh dia dapat semua yang dia nak... dia suka... aku tak marah dah... malah aku bertambah sayang kat dia... Aku pun perasan... mak aku bagi jer apa adik aku nak... Alhamdullilllah.. moga dengan sedikit kebahagiaan yang kami beri pada Deedam boleh buat dia gembira dan buat dia lupa seketika pasal operation di kepala dia tu nanti...

Moga Allah kuatkan semangat kami sekeluarga, tabahkan hati kami, beri kami kekuatan untuk hadapi ujian Allah ini.

Terima kasih pada saudara-mara, sahabat, pembaca yang sudi sama-sama berdoa pada Allah untuk kesihatan adik aku ni... Allah saja yang mampu membalas jasa kalian...




Kisah sebelumnya

15 ulasan:

Makbed berkata...

Semoga selamat semuanya. Keep updating!

zAty si gAdis riAng !! berkata...

harap takde masalah pape nanti, aminn..

nanti cakap kat deedam, FIGHTING!! oke.. :)

eddy syrol berkata...

semua akan baik2 saja... doa yang terbaik

CAK berkata...

tiap kali bace entry ko psl deedam aku kompom terus tak nampak monitor. terus nampak akca-kaca je.

CAK berkata...

tiap kali bace entry ko psl deedam aku kompom terus tak nampak monitor. terus nampak akca-kaca je.

Miss Diela berkata...

insyaAllah..semoga semuanya berjalan dengan lancar...kami di sini mendoakan yang terbaik buat adik awak...

-iLLa- berkata...

nanti update lgik yer,,

~naddy~ berkata...

semoga semua baek2 sje. :) amin..

Mama Kembar 3 berkata...

all d best, moga semua selamat nnt. Deedam very good laa, selamba je dia kan, mesti tanak bg org risaukan dia tu.

Ahmad Tajuddin Abdullah berkata...

ya ALLAH,beratnya ujian-Mu pada adik ini...moga bertahan ya!

insya ALLAH,ada rahmat yang Maha Besar di sebalik ini semua....

Ahmad Tajuddin Abdullah berkata...

aduhh,moga kalian sekeluarga bertahan dan bersabar...baru baca tadi coretan sebelumnya....moga bertahan dan bersabar ye!

insya ALLAH,Dia amat kasih pada hamba-hamba-Nya!

Cik Jue berkata...

moga kalian tabah menghadapi segala dugaan...

Lulu caldina berkata...

beruntung awak masih boleh jaga dia..ada org yang kehilangan org tersayang, mcm petik jari jer..Tgk mcm kemalangan tu..

Bersyukur dengan nikmat Allah..
Untuk dugaan ni, semoga tabah..

puding_manis berkata...

insyaAllah semuanya akan selamat...semoga Deedam tabah, dia pon cool je, so abg deedam pon kena cool gak dpn deedam, bg dia smgt...

cik blogger berkata...

bykkan bersabar ye awk...kami semua blogger2 doakan yang terbaik utk adik awk dan keluarga..insya Allah, segalanya berjln dgn selamat..amin! teruskan berdoa~

exabytes unlimited