Dah buat scan MRI

Assalammualaikum.. Ermm... aku sekarang kat rumah mak cik aku kat JB. Aku sampai malam tadi pukul 1240am lebih kurang... adik aku Aiza datang ambil aku kat Shell Batu 5, dekat dengan Plaza Angsana... Lepas tu aku ajak dia makan, petang semalam aku makan roti je sebelum naik bas... punya laa lapar bila dah turun bas tu.. Masa tengah makan tu aku dan Aiza bersembang pasal keadaan adik aku...

Adik aku Deedam dah buat scan MRI petang semalam... keputusan dia mungkin hari ni... Aiza cakap mak aku dah tengok x-ray adik aku... dia kata memang ada retak sikit kat kepala dia. Memang ada nampak macam tumor... or darah beku... tapi kena tunggu juga keputusan MRI macam mana... Dari apa yang Aiza cerita pada aku, luka Deedam kat badan dia ni teruk juga... dagu habis luka... kepala benjol... tangan luka.. ermm... kasihan aku pada Deedam... Abang doakan adik ok yer.. abang risau sebenarnya...

Masa sebelum aku datang JB aku dapat cakap dengan Deedam, masa tu dia baru habis buat scan MRI. Dari perbualan aku dengan dia... Deedam ceria jer macam biasa... macam tak de apa-apa... Dia kata dia ok.. Tapi bila aku bercakap dengan Aiza, ermm... itu luaran dia kita tengok macam takde apa-apa.. tapi dalaman dia kita pun tak tau... Sedih aku bila mengenang keadaan adik aku tu...

InsyaAllah tengahari nanti waktu melawat, aku nak jumpa adik aku... tak sabar rasanya nak tengok sendiri keadaan dia... Aku berharap sangat keputusan MRI dia menunjukkan Deedam ok takde apa-apa...

Ya Allah.. Kau sembuhkanlah adik aku, Kau jauhkanlah dia dari sebarang penyakit.... Amin...



Magnetic resonance imaging (MRI) -Gambar Hiasan ehsan Google
Cerita Selanjutnya

  1. Tengok entri terkini


Cerita Sebelumnya

Ulasan

Makbed berkata…
Insyaallah... ok tu. Honestly, rasa sangat berdebar-debar. Harap sangat adik awak ok.Jom doa bersama-sama.
Suliana berkata…
siannya. harap tak de apa2 la ye..
Amy Syaquena berkata…
harap tak de pape la...
erienz berkata…
semoga cepat sembuh...

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!