Sabtu, 29 Januari 2011

Nama Tumor Deedam

Assalammualaikum,

Semalam punya entri lupa nak beritau nama tumor yang ada pada adik aku Deedam. Lupa langsung nak beritau. Nama tumor dia Vascular Tumor. Tumor dia bahaya juga sebab dekat dengan salur darah besar kat situ. Tapi doktor pakar kata tumor dia masih dikawasan luar selaput otak, belum kacau otak lagi, tapi dalam tempoh 6 bulan kalau tak buat apa-apa, tumor tu boleh kacau otak dan kemungkinan boleh menyebabkan mata buta dan badan lumpuh sebelah kiri... Minta jauh laa semua tu... Aku nak tengok adik aku sihat lebih baik dari sebelum ni!

Mak aku cerita... masa ni mak jaga Deedam, doktor cakap dengan Deedam...
(Masa tengah taip ni, mak aku kat sebelah aku ni... dia macam editor laa.. hehehehe)

Doktor: Awak dah boleh balik hari ni, tapi kena datang balik 12 Feb nak operate 14 Feb 2011
Deedam: Kita taknak datang! Confirm kita taknak datang!
Mak: Doktor Ashraf, tolong terang sikit kat dia!
Doktor: (Keluarkan gambar scan MRI Deedam, dan tunjuk dan terangkan pada Deedam) Bla.. bla.. bla...
Deedam: Kita tengok normal jer!
Mak: (Gelak jer)
Doktor: Kalau tak operate awak boleh jadi buta dengan lumpuh!
Deedam: (Diam jer... Setuju dalam terpaksa laa kot..)

Selang beberapa ketika lepas tu..

Doktor Pakar Mr. Johari: Awak ada pening kepala? Mata kabur ataupun macam tak nampak ke?
Deedam: (Tunjuk isyarat thumbs up pada Doktor)

Hadoi adik aku ni... macam tak de apa-apa jer...


Semalam ada sembang dengan dia...

Aku: Ko takut tak?
Deedam: Ada juga tapi taknak fikir sangat..

Hermm... Moga Allah permudahkan pembedahan dia nanti... InsyaAllah...




Cerita lain pula!
Hari ni pergi melawat kubur Abah, aku pergi dengan mak dan Deedam. Kami bacakan yassin pada arwah abah. Bulan depan pada 18 Feb cukup 2 tahun abah pergi meninggalkan kami sekeluarga. Moga Arwah abah tenang di sana... Al Fatihah...

7 ulasan:

Ayuni berkata...

hm, sian Deedam...

Makbed berkata...

wah, deedam buleh cool lagi.

k h a d i j a berkata...

inshaallah deedam okay.nmpak pon dia kuat semangat. sy doakan deedam supaya semuanya selamat.

eddy syrol berkata...

moga adik deedam akan sembuh dgn berkat doa si abang dan ibu tercinta... :-)

cikmimmie berkata...

semoga tabah ye..doa banyak2...kuasa DIA mengatasi segala-galanya.

Cik Jue berkata...

semoga semuanye berjalan lancar...

||aLeaSaRa|| berkata...

sggh sini nk tgk perkembangan deedam

exabytes unlimited