Confirm ada tumor...
Pagi tadi aku dan mak pergi tengok adik aku Deedam.. Kami pergi lepas sarapan mee goreng di rumah makcik aku. Mak cik aku ada bekalkan mee untuk adik aku. Semasa tengah makan kawan mak aku beritau mak aku di telefon bahawa doktor kat HSA cari mak aku nak beritau something...
Sampai di hospital aku tengok keadaan adik aku seperti biasa, macam takde sakit... ceria jer.. Lepas beri bekal mee tu, dia pun makan. Lepas dia makan tu aku turun bawah nak belikan dia air dan barang mandian dia.. Tiba-tiba mak aku datang cari aku, cakap doktor dah ada nak jumpa nak beritau pasal keadaan adik aku selepas buat MRI scan semalam. Aku dah berdebar-debar... Sampai ke atas, mak aku beritau aku, "Mak rasa kepala adik memang ada benda laa.. sebab tu nak buat prosedur tu... Mak aku dah bergenang air mata... aku dah sebak... tapi tahan... lepas tu kami kuatkan semangat jumpa doktor, Doktor bawa kami ke tempat tengok x-ray adik aku kebetulan berhadapan dengan katil adik aku... Doktor beritau aku dan mak, dia perlu buat prosedur Cerebral Angiogram. Sebab berdasarkan scan MRI yang ditunjukkan doktor pada aku tu memang nampak jelas ada ketumbuhan. Doktor kata saiz lebih kurang 5x5 cm. Lebih kurang sebesar bola tenis.. mungkin kecil sedikit agaknya... Aku yang tak pandai tengok result scan tu pun rasa pelik sebab ada benda pelik dan tak normal dikepala sebelah kiri adik aku.. Memang besar... aku terkejut! Tengok tumor sebesar itu.... Aku sebak... mak sebak... bila bercakap dengan doktor pun suara dah lain... Aku tanya doktor dah lama ke ada ketumbuhan tu? Dia anggarkan lebih 2 3 tahun... Mak tanya doktor risiko buat CA ni.. kemungkinan strok tu ada tapi 5% sangat kecil... Aku risau... aku dan mak berdoa dan mohon kepada doktor agar dapat buat yang terbaik untuk adik aku ni... Tumor adik aku ni berisiko sebab berdekatan dengan salur darah yang besar. sebab tu buat CA nak tengok salur darah mana yang terlibat.. Kemungkinan lepas raya cina baru dibedah selepas doktor buat kajian dan perancangan nanti, ini boleh dikatakan major operate juga.. bila aku tanya doktor risiko selepas operate.. doktor kata itu nanti dulu kita step by step dulu jangan fikir dulu... Aku pun taknak fikir bukan-bukan.. cuba berdoa agar prosedur CA ni berjaya dan tidak ada melibatkan urat saraf yang kritikal... Dalam hati ini aku menangis... apatah lagi mak aku... aku tau dia risau sedih dll.... tapi dia tidak tunjukkan... sama semasa kami kehilangan abah tahun lepas... Cuma sekali sekali aku dengar suara sebak dia...
Selepas diberi penerangan oleh doktor, mak setuju sign borang untuk menjalankan CA ni... aku harap rakan-rakan, saudara mara aku sudi mendoakan kesihatan adik aku ni... Doa aku tak putus-putus buat dia... Walaupun luaran aku tengok adik aku ni ceria, tapi hati dalam siapa yang tahu... Allah lebih tahu...
Selepas tengok adik aku, aku dan mak balik ke rumah Kota Tinggi, nak ambil barang dan pakaian untuk adik aku dan mak untuk pakai semasa menumpang tidur rumah makcik kami... Dalam perjalanan, aku dan mak terfikir, patutlah adik aku cepat lupa apa yang kita pesan pada dia, kadang-kadang dia tak fokus pada sesuatu yang dia tak minat... Mungkin tumor ini penyebabnya... Aku rasa bersalah bila aku marah adik aku sebab dia tak ingat apa aku pesan... tapi ada kisah disebaliknya.... aku tak tahu.. Allah lebih tahu...
Sebenarnya aku bersyukur ada hikmahnya adik jatuh basikal ni, bukan abang minta, tapi Allah lorongkan jalan untuk beritau Mak, adik ada sakit yang lebih dari sekadar jatuh basikal... Allah dah aturkan semua tu. Abang dah tanya doktor, dia kata tumor adik ni boleh dikatakan masih diperingkat awal, sebab adik takde sakit-sakit, cuma adik pernah mengadu pening dengan mak, tapi mak ingatkan pening biasa jer... InsyaAllah adik akan lebih sihat selepas ni...
Mak cerita, masa adik aku muntah tu, dia dah syak sesuatu, mungkin ada terhantuk kepala ke tanah semasa jatuh tu, sebab lepas muntah adik aku terus tidur, tak sempat makan pun makanan yang dibelikan Aiza untuk adik aku tu.. Malam tu entah macam mana mak boleh tersedar tengok adik kena sawan tu... Ya Allah tak boleh bayangkan keadaan adik masa tu... Mak dan abang pun tak tau adik pernah kena ke tak sebelum ni, sebab adik tidur sendiri, dan adik sendiri tak ingat apa jadi kat adik masa tu, sebab lepas kena sawan, keadaan adik ok macam tak de apa-apa... Doktor kata adik kena sawan kemungkinan disebabkan ada tumor di kepala adik, Doktor beritau abang dan mak, semasa adik kat hospital adik takde kena sawan lagi... Abang berharap itu yang pertama dan terakhir adik kena sawan... moga-moga selepas ni adik sihat terus...
Adik... abang minta maaf yer... abang memang tak tau pasal keadaan adik sebelum ni... bersalah sangat bila abang paksa adik menghafal pelajaran dan doa lepas solat tu... abang berniat baik.. nak bagi adik senang dikemudian hari... harap adik faham dan maafkan abang.... maafkan atas semua perbuatan abang pada adik yer... Adik, abang sentiasa doakan adik, biar adik cepat sihat, sembuh dari sakit adik ni, biar adik boleh bersekolah semua... kalau diizinkan Allah, adik dapat sekolah di SMV Kota Tinggi ambil kursus yang adik minat tu, tapi macam abang pesan kat adik semalam, kalau adik tak dapat sekolah vokay adik jangan sedih tau! Sebab doktor nasihatkan adik supaya tak ambil kursus tu, nanti bahayakan diri adik pula... Kami semua sayangkan adik lebih dari segala-galanya... InsyaAllah berkat doa keluarga kita dan kawan-kawan kita, adik cepat sembuh dan sihat, boleh main macam biasa balik! Kami semua sayangkan adik tau! Abang sayang adik sangat-sangat tau!
Pagi nanti, aku dan mak nak pergi tengok adik sebelum dia buat CA. Adik dah kena start puasa malam ni.. Moga segala prosedur berjalan dengan lancar... InsyaAllah...
Kisah sebelumnya

Deedam happy jer! |
Tengah sapu ubat kat luka |
Mak dan Deedam |
Kisah sebelumnya
Ulasan
tiba-tiba teringat kat adik saya.
semoga u n ur family sentiasa tabah, jgn putus harapan dan jgn berenti berusaha.. Allah Maha Mengetahui lagi Mengasihi, setiap yg berlaku pasti ada hikmah.. Sampaikan salam buat ur mom and ur lil' bro.. :)
sy doakan adik encik selamat n segera sembuh
ni semua dugaan Allah
encik blh bantu adik encik dgn memberinya semangat.
akhir kata...
doa yg tidak putus2 dr kami..
amin......
ya Allah, permudahkanlah urusan deedam dan keluarganya, dan berikan mereka kekuatan untuk menghadapi apa jua ketentuan dariMu..ameen..
teruskan tabah!
dan smoga kalian sekeluarga dapat tabahkan diri..
ingt,Allah itu Maha Adil lagi Maha Mengetahui..
p/s: Deedam comel la =D. ceria je tgk dia..sejuk hati ~
http://lulu-pages.blogspot.com/2011/01/lulu-sedih.html
semua yang berlaku ada hikmah.
semakin byk dugaan yg Allah bagi itu tandenya Dia memang sygkn kite.Dia xnak kite lupe sape kite ni.kite hy menumpang di bumi Dia.
so, tabahkan hati ok..ingat, ni adalah ujian dari Dia.
insyALLAH,semua nya akan slamat..:)
semoga semuanya berjalan dgn lancar!!
semoga berjalan lancar...
amin...
mudah2an adik deedam selamat dan segala urusan berjln lancar dan sihat semula...
sedih saye bile bacenye...
byk2 bersabar ye...
semoga tabah menghadapi dugaan ini..
Moga Allah mempermudahkan segala urusan dan adik deedam kembali sihat seperti sedia kala.. amin