Ahad, 20 Februari 2011

Esok adik aku nak kena operate

Assalammualaikum

Hari ini, aku dan Aqil akan balik ke kampung di Johor. Adik bongsu aku akan dimasukkan ke wad hari ini di Hospital Sultanah Aminah JB. Esok adik aku akan jalani pembedahan buat tumor di kepalanya. Moga segalanya berjalan dengan lancar. Risau juga bila memikirkannya. Harap-harap adik aku tabah dan kuat semangatnya atas dugaan dan ujian ke atasnya ini.

Kami sekeluarga hanya mampu berdoa agar adik aku cepat sembuh dan sihat selepas menjalani pembedahan ini. Jadi bolehlah dia daftar semula ke Sekolah Menengah Vokasional Kota Tinggi untuk belajar kursus yang dia minati itu.

Bila aku cakap dalam telefon dengan Deedam, dia rileks jer... aku yang berdebar-debar. Tapi hati dalam dia siapa yang tahu kan?! Bak kata Deedam.. buat tak tahu jer...

Aku kat sini cuma nak minta rakan-rakan doakan kesihatan adik aku jer.. moga dia selamat menjalani pembedahan tu...

Gambar hari tu semasa Deedam di tahan di wad.

Cerita sebelumnya


13 ulasan:

sayang oranglidi.dot berkata...

semoga semuanya berjalan lancar... amin..~~

husna mukhtar berkata...

amin.

Edura Hanum berkata...

semoga adik akak selamat menjalani pembedahan

buDak ITam berkata...

moga selamat menjalani pembedahan dan hidup seperti sedia kala..amin...

Wan Zulqhairi berkata...

Semoga operation berjalan dengan lancar.. http://wamozuwaha.blogspot.com/2011/02/doakan-semoga-deedam-cepat-sembuh.html

hamihemo berkata...

Insyallah semua berjalan lancar

Mama Kembar 3 berkata...

good luck deedam! moga semuanya berjalan lancar. Amin.

ieda berkata...

moga pembedahan berjalan dgn baik...moga Allah sembuhkan deedam...insyaAllah.

alexa yussida berkata...

smoga smuanya berjalan lancar n die cpt smbuh..aminnn..rindu kat twins kat atss tu..comel sgt!

Huszaini berkata...

Terima kasih semua! sesungguhnya kerisauan hati ini hanya Allah yang tahu... Moga selamat semuanya... taknak pikir bukan2...

nur easy berkata...

moga Allah beri kemudahan n selamat semuanya ;)

||aLeaSaRa|| berkata...

insya Allah dipermudahkan urusan operation esok..jgn risau ye

Syazwan Che Deraman berkata...

emoga adik kau sihat seperti biasa nanti!

exabytes unlimited