Selasa, 22 Februari 2011

Alhamdullillah adik aku dah selamat dibedah

Kerisauan aku semalam berakhir pukul 6.40 petang semalam. Lamanya adik aku dibedah. Dari pukul 8.48 pagi masuk dewan bedah sampai laa petang semalam. Asalnya doktor jangkakan pembedahan hanya makan masa 4 ke 5 jam sahaja. Tetapi tak kisahlah berapa lama, asalkan adik aku selamat dibedah.

Mulianya tugas seorang doktor iaitu Mr Johari pakar neurologi di Hospital Sultanah Aminah yang sanggup buat pembedahan ini, bukan calang-calang orang boleh mengadap pesakit yang dibedah berjam-jam.. Terima kasih Doktor dan petugas-petugas lain yang membantu dalam melancarkan pembedahan ini. Jasamu hanya Allah yang mampu membalasnya. Semoga Doktor dan petugas-petugas lain diberkati Allah...

Selepas dibedah adik aku dibawa ke wad ICU, mak aku kata, adik aku meracau-racau, menjerit sakit, haus dan lain-lain... mungkin disebabkan kesan ubat bius mula hilang, jadi adik aku rasa sakit.. kasihan dia...

Masa aku dapat peluang tengok dia lebih kurang jam 8 malam, adik aku dah tidur, mak cakap doktor bagi morfin err.. betul ke eja? kalau salah betulkan yer wahai kawan-kawan. Jadi adik aku tidur lena masa aku jenguk dia. Aku pegang tangan dia, sejuk jer rasa... nampak nyenyak dia tidur siap berdengkur lagi, moga sakit adik aku akan kurang, Takda komplikasi sampingan, risau juga, bila mak aku bercerita semasa dia jumpa adik aku, masa tu Deedam masih sedar, dia menjerit.. Mak! kita tak nampak mak! tolonglah mak! Allahuakbar... moga-moga kesan tu hanya sementara, minta dijauhkanlah...

Aku cuma pohon kepada sahabat dan saudara sudi terus mendoakan adik aku agar dia sembuh dari sakitnya itu, dan takde kesan sampingan akibat pembedahan itu. Semoga Allah makbulkan doa kami sekeluarga.. Amin..



Cerita sebelum adik aku dibedah

9 ulasan:

MamaFarhan berkata...

Alhamdulillah dah selamat semua nyer....

sicKo^ berkata...

semoga adik ko cepat recover..

awEEN berkata...

smuge deedam bertambah-tambah sihat lepas ni...

Rizziela berkata...

Alhamdullilah..semoga semuanya selamat & insyallah tak ada kesan sampingan

Suliana berkata...

alhmdlh.. moga selamat semuanya..

imanamani berkata...

semoga deedam pulih segera..amin.

Huszaini berkata...

Terima kasih semua kerana mendoakan Adik aku.. Jasa kalian hanya ALlah yang mampu membalasnya..

puding_manis berkata...

sebak plak baca part yg deedam x nampak mak tu...rasa mcm dlm citer Hani kat tv3 (tgh tgk citer Hani la ni...)...insyaAllah, semoga deedam akan sembuh...

ria berkata...

alhamdulillah. . semoga adik kamu cpt sembuh. .:)

exabytes unlimited