Dah makan-makan dah!!

Semalam lepas kerja, aku ambil AMRAFAHAN kat taska, wife aku pun dah ada sekali, jadi kitorang pun terus ke tempat makan-makan. hehehe yelah sempena nak celebrate birthday wife aku... mula-mula ingat nak makan kat resepi rahsia.. tapi macam tak terasa nak makan kat situ jer.. jadi aku bawa gi makan ikan..

Masuk jer kedai tu kami disambut mesra... ayat pertama budak-budak kedai tu tanya, kembar tiga ke kak? hehehe... soalan biasa tu... mesti mama power rangers ni pun biasa gak kan?!! Lepas tu cari laa tempat duduk yang sesuai, konon-konon cari yang tersorok sikit sebab senang nak control si Abang.. tapi panas laa pula.. kena laa beralih tempat...


Masa tunggu order tu Auni Auni Auni tu masih dalam modd ok lagi... lepas makanan sampai, mood dorang ok lagi.. bila dah start makan tengah tengah makan, Auni Auni Auni mula menunjukkan taring, masa minum guna straw masing-masing happy jer, berebut tu biasalah... Bila air dalam gelas tu dah habis, gelas pun mama dah jauhkan dari diorang... haa.. mulalah episod mengamuk tu... habis satu kedai meriah dengan suara diorang.. nasib laa masa tu tak ramai pelanggan.. kalau tak mesti segan... mama makan pun dah tak berapa nak selera sangat, Auni Auni Auni dah mengamuk, si Abang sibuk nak jalan-jalan... lepas tu siap pergi meja sebelah minta pop corn! aahhh!!! Adoi abang nih.... segan Abah... tapi nasib laa family tu tak kisah... huhuhu.. malu woo..

Bila dah macam tu kami bungkus jerlah makanan tu... aku sempat laa habiskan aku punya bahagian, tapi sian kat mama... tak dapat nak habiskan makanan dia.. Auni Auni Auni dah mengamuk tak hingat donia!! Tapi bila dah bungkus dan bayar lepas tu letak Auni Auni Auni dalam stroller nak balik, elok pula mood diorang... huhuhu... tak pelah mungkin diorang penat kot tadi sebab waktu kitorang makan tu lepas maghrib, waktu tu waktu tidur Auni Auni Auni... tu yang mengamuk tu kot...

Macam tu perangai anak anak sementara nak tunggu diaorang besar.. ini pun rasa kejap jer.. sedar tak sedar dah setahun setengah dah umur Auni Auni Auni... dah macam-macam perangai baru diorang.. seronok melayan!!

Layan gambar laa pula! Mana yang sempat aku ambil nih!!


















Bila dah sampai rumah baru teringat brownies tak dapat... tapi dah masuk bil.. hermm.. semalam dah call kedai ikan ni, nanti diorang bagi tapi kena pick up kat sana la.. Tengok gambar nampak sedap laa brownies tu.. Khas untuk mama! Hehehe

Ulasan

Cikbintang berkata…
pengorbanan..huuuu....
ngat my parents mse ktorg kecik2 dlu
6 beradek...seb bek ade abg yg dabesar cket..huu..ley tlg control kecik2 yg len..heeee
mama maman aka yana berkata…
best lak tgk makanan tuh... sian tak dpt nak nikmati makanan... sabar..:)
MasihaSulaimi berkata…
bila anak2 dah mula moody..gitulah jadinya...nak wat mcm mana..budak2...mana diaorg reti nak sabar...hehe
xx berkata…
Hehehe tengok dari lain angle, seronok gak tengok kembar 3 ni bila bawa makan2..Macam anakku yg sulung n ke-2, org asyik tegur,"kembar ke?" Tak la. Tapi sekarang mmg dah ada kembar betul-betul hehehe
Tanpa Nama berkata…
takperlah nak tungu baby baby baby dan anak membesar ^^ comel
Mama AqiL berkata…
hepi besday mama 4A`s...

mmg sedap mkn kat kedai fish tue...lazat nak menyelerakan...

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Resepi Air Cocktail AMRAFAHAN!

Awekku bagi badan sebagai hadiah!!