Hebat ke? Popular ke?

Salam malam,

Aku ni hebat ke? tak lah! popular ke? lagi laa jauh!! berjuta-juta batu jauhnya!!! Tak pernah rasa hebat pun.. sebab yang hebat tu hanya Allah... manusia ni hebat kecik jer! Popular langsung tak!!

Apa aku membebel nih? Meh aku cerita!


Aku berterima kasih pada Abah Melia sebab pilih aku untuk undian di blog dia! Terharu! aku tak lah sebagus mana, masih banyak lagi kekurangan.. banyak lagi nak kena belajar nih.. banyak nak kena buat... nak jaga anak sampai jadi  orang yang beriman dan berguna pada masyarakat! nak tambah pendapatan keluarga nih! nak tambah anak... ekk.. tak boleh tak boleh.. wife aku suruh buka cawangan lain.. tak mau aa.. cukup lah seorang isthree ehh isteri... hehehe... mana tau nanti AMRAFAHAN dan besar, boleh laa kot tambah! (anak yer! bukan isteri!) kan sayang kan? hehehe... nak beli kenderaan yang boleh bawa kami sekeluarga pergi mana-mana dengan selesa... err... bas mini ok tak? hehehe... nak melancong dalam Malaysia! eeeee... banyak lah yang nak!! kalau nak taip penat woo.. huhuhuhu...

Erkk... kenapa Abah Melia pilih aku? tu kau orang kena tanya dia sendiri... kriteria apa dia pilih aku... Marilah kita menyokong usaha Abah Melia nih... sila buat undi dengan bijak yer!! pilih yang lebih layak... aku biasa-biasa jer.. calon-calon lain hebat-hebat belaka!! kecik diri ini kalau nak dibandingkan dengan mereka-mereka tu!

Okeh untuk tengok apa dia dan buat undian boleh klik sini!

Err.. undi anda adalah rahsia! heee...

Ulasan

Mama Kembar Tiga berkata…
beli bas mini tu mmg sesuai laaa hehehe... btw, good luck!

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Resepi Air Cocktail AMRAFAHAN!

Awekku bagi badan sebagai hadiah!!