Selamat Hari Lahir Amni si Loyot Abah!!

Alhamdullillah syukur pada Allah, hari ni genap setahun bersamaan 23 Ramadhan 1435 umur Amni aka AMR Junior.  Sekejap jer rasa..

Umur setahun nih Amni dah pandai makan sendiri maksudnya pandai pegang makanan lepas tu suap ke mulut sendiri. Amni dah pandai meniti kat sofa, panjat sofa lagi pandai panjat tangga sampai atas rumah! Abah pun kagum! hehehe dan pandai turun tangga sendiri tapi kena perhatikan dia laa.. merangkak laju jer.. pandai pegang botol sendiri dan masih menyusu dengan mama.

Cuma selsema Amni belum baik sepenuhnya. Duduk kat rumah kurang sikit hingusnya tapi bila hantar ke taska, hingus balik. Kasihan Amni, nak buat macam mana kan.. taska tu air con nya centralize.

Abah dan mama serta Abang dan kakak-kakak Amni doakan Amni terus sihat hidup terus diberkati Allah dan menjadi anak yang solehah. Abah, Mama, Abang dan Kakak-kakak Amni sayang Amni sangat-sangat!!

Selamat Hari Lahir budak loyot Abah nih! Happy birthday sayang!

Kalau nak tengok video Amni gumbira sebab dapat main atas meja boleh tengok kat sini
https://plus.google.com/103792522120882377801/posts/BHzRFjg5Fbx






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!