Appointment with doctor!

Gila ahh tajuk omputih! hehehe... Hari ini abah ada appointment dengan doktor kat hospital serdang untuk checking pasal batu karang abah. Harap harap dah takde laa sebab lama dah tak sakit nih..

Mama nak hantar abah tadi sebab abah masih demam dan batuk-batuk. Tapi takpelah abah masih berdaya nak  pergi sendiri. Belum tahap tak boleh bangun lagi laa.. InsyaAllah dah makan ubat badan dah berpeluh dah ok dah.

Pagi tadi abah pula babai AMRAFAHAN, sebab abah keluar lewat. Kalau tak diorang yang babai abah. Sempat laa cium dorang semua! Si Adik siap muncung bibir nak cium abah! hehehe abah suka!!!

Haa baru teringat.. pagi tadi.. bukan pagi tadi jer.. tetiap pagi si adik akan kejut abah... "abah bangun laa!!" ulang-ulang kali dia cakap sampai abah bangun! hehehe bila dah bangun tu.. semua orang nak abah dukung ke bawah! waa... mamai mamai tu abah dukung laa diorang ke bawah tengok tv sementara mama bersiap. Lepas tu abah pula bersiap.

Oklah ringkas jer nih.. Minta minta sakit abah dah takde.. amin..




***Nak tiru macam mamat gebu nih cakap omputih dalam blog dia!!

Ulasan

KamilAbdullah berkata…
semoga batu karang tu dah takde la ye..memang sakitkan, sebab babah diorang pun kena 2tahun lepas..kesian tengok dia duk menahan sakit tuh..
Kamalia berkata…
ops..salah guna id la pulak..gomen ne..
Teratak Hami berkata…
Akak tertunggu-tunggu jugak n3 omputih .. hehe. Selamat berjuang melawan penyakit. InsyaAllah didoakan semuanya baik2.
Aini Azman berkata…
insyaAllah, xde pape =)
the triplets berkata…
besar ke batu karang nyer? kalu kecil minum air banyak2 blh kuar. kalau besar kena tembak...ngeeeeee

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!