Khamis, 2 Februari 2012

Taska Baru!

Hari ini Abah dan Mama hantar AMRAFAHAN ke taska baru. Taska baru nih satu bangunan dengan tempat kerja Mama. Tadi hantar barang barang diorang banyak betul rasanya! hehehe Yelahh pindah sekolah baru kan! Walaupun duduk taska nih status tumpang sementara nak tunggu taska yang besar sikit buka, Abah dan Mama hargai pertolongan cikgu taska tu.

Alhamdullillah mula-mula hantar tu diorang tak menangis laa. Sebelum tu abah ada beritahu si abang kat taska baru nih banyak mainan! Hehehehe yelah tak nak bagi diorang kekok. Si Abang nampak malu-malu laa tapi si Adik dah sibuk ajak abah masuk dalam. Bila abah masuk jer, semua orang serbu masuk, budak-budak lain semua dah masuk bilik, tinggal diorang berempat jer kat ruang depan. Ermm... lepas tu nampak pula bakul bakul mainan... haaa terus diorang buat macam rumah sendiri. Punggah mainan ikut suka. Lepas tu ada laa seorang budak lelaki join diorang. Jadi terus geng si Abang.

Masa abah nak keluar pergi kerja tu, salam dan cium diorang, diorang macam tak kisah abah nak pergi kerja dah... mata semua kat mainan yang ada.. Abah pula sedih! kekeke emo laa pula!

Harap-harap AMRAFAHAN gembira laa dekat taska baru tu. Boleh terima suasana baru, cikgu baru, kawan-kawan baru dan lain-lain. Adik baru lain tahun kan Mama kan?! kekekeke

AMRAFAHAN kat taska baru

7 ulasan:

Citarasa Rinduan berkata...

all the best..
pasti mereka suka dengan tempat baru itu..
cantik dan bersih taska tu..

:|: TinTa Kibod :|: berkata...

alala tomeinya..
harap ok kat tempat baru..
bagi mainan..ok je...
hehe

ida berkata...

bestnyer taska baru tu, banyak menan, my twin dah nangis2 plak after a week kat baby sitter tu...aishhh

hanyzaini berkata...

Tiap2 pagi, abang akan jadik penunjuk arah merangkap polis yang marah kalo ada moto atau keta lain yang lebih laju dari kitorang..hehehhe.
tapi pagi ni.. mama tak ikut jalan biasa..abang tanya" mama, kenapa ikut sini.. nak pegi punch kad kat opis abah ke?" (dulu abah keje kat KPM, punch kat opis abah dulu baru antar dorang..ingat la pulak dier..).. Mama cakap le, "kan mama dah cakap, ari ni abang sama adik pegi sekolah baru, ada mainan byk, ada taman mainan, buleh belajar berenang..pakai baju tiger... bla.bla.bla....." tetiba abang tanya.." abah mana? lambatnye...abah ni"... hehheh... elok mama parking je..abah pun sampai...

Fariduddin El-Islam berkata...

Salam ziarah ke blog abah mitahli, lama dah x jenguk ke sini =)

the triplets berkata...

Seronok kat tempat baru...

Mama Kembar 3 berkata...

nampak cam bersih laa taska tu. dah laa banyak toys. moga amrafahan enjoy kat situ :-)

exabytes unlimited