Dukum! Tak payah!


As salam dan selamat pagi!

Lama dah tak cerita pasal Amrafahan nih... Sementara tunggu kereta aku siap diservis, aku update laa sikit...

Auni Auni Auni sekarang nih dah sibuk bercakap! Seronok melayan! Tapi tulah bila dah dah mula bercakap nih, abah laa pening! Bila nampak abah jer, hulur tangan sambil cakap "Dukum!" dukum tu maksudnya dukung... Tiga tiga sama jer bunyi dia... Hehehe lepas tu kalau bergaduh ke tak nak ker... Cakap "tak payah!" hehehe comel jer dengan pelat pelat tu! Ni mama diaorang yang ajar nih... Lepas tu kena balik kat diri sendiri, geleng kepala laa... Hehehe... Yerlah... Kalau ada apa apa ker, mama larang sesuatu ker, mama cakap tak payah kat dorang... Lepas bila dah pandai nih.. Dorang cakap kat mama balik.. Hehehe abah gelak jerlah... Tapi abah pun kena gak laa dengan diorang nih... Huhuhuhu...

Sekarang nih, AF kalau dia duduk melunjur mesti nak silang kaki... Otomatik jer... Kekeke... Abah tak sempat nak ambil gambar... Si AH masih dengan perangai suka merampasnya... Sian kakak dengan adik dia... Kadang kadang dengan abang dia pun dia merampas juga! Dah laa si abang ni cengeng sikit... Meraung laa kawan tu bila mainan dia kena rampas! Si AN pula dia paling rileks, tapi kalau mengamuk, jenuh nak pujuk.. Samalah macam si AF tu... Memang mencabar minda laa... Huhuhu...

Ehh.. Kereta aku dah siap laa.. Nanti kita cerita cerita lagi yer! Terima kasih sudi baca blog aku nih!!

Posted via Blogaway

Ulasan

eddy syrol berkata…
best kan anak2 start ckp..sukeeeeee

sini BACA DAN CLICK TAU
Zakiyah Zainon berkata…
lama sungguh tak menyinggah sini...
mama3A's berkata…
budak2 nie ckp tulus.. kadang2 bikin kita tercengang... hehehe...
Rai berkata…
letih la melayan kembar bercakap bertiga tiga..hehehe..
wah dah pandai cakap! :3
Mama Kembar 3 berkata…
cute! mesti kecoh bila 3 + 1 semua lawan bercakap hehe
cik rama-rama berkata…
hihi..budak2 dah start bercakap mmg kiter yg teruja nk mndegar.

*ceh, mcm pengalamn jer.. = ="

ni sbb rmi sgt ank buah.. :)
aizamia3 berkata…
kihkihkih.. comel je.. sambil membayangkan.. ;)
n!da berkata…
abang tu bukan ape. die syaang ngn adik2 die. nk marah syang, nangis jela yg boleh. hehehe.

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!