Pendengaran Auni Haziqah dah normal!

Semalam pagi (15 Dis 2010) aku, wife, Aqil dan Auni Haziqah pergi Hospital Putrajaya sebab ada appointment dengan doktor ENT dan Pakar Audiologi.

Ini kali ketiga kami datang untuk test pendengaran AH. Mula-mula dulu tak lepas sebab AH ada masalah jantung, (klik sini untuk cerita masalah jantung AH) jadi doktor nasihatkan supaya settle dulu masalah jantung baru boleh buat ujian ni.. Alhamdullillah setelah semuanya ok, kami datang untuk kali kedua untuk buat ujian ini..

Ujian ni budak kena lena/tidur nyenyak supaya senang nak buat ujian... Jadi doktor beri sedikit ubat supaya AH tidur... Bila AH dah tidur, pakar pun buat ujian kat telinga AH,  tapi result dia fail... masa ni aku pergi seorang dalam bilik audio tu, sebab wife aku kat luar tengah kena gastrik...

Bila pakar kata, ujian ni, AH gagal aku dah risau... dia kata mungkin anak aku ni, pekak tahap sederhana... maksudnya, suara berbisik dia tak boleh dengar... Aku tak senang hati, risau... kesian kat AH ni... lepas satu, satu Allah bagi ujian kat kami... Lepas tu pakar audiologi buat ujian lain, dia dapati ada benda menghalang gegendang telinga anak aku ni... dia kata bolehjadi disebabkan selsema yang AH hadapi masa tu... Lepas tu, pakar audiologi rujuk kepada pakar ENT (tau ke ENT ni apa? Bukan enterprise tau! Tapi Ear, Nose, & Throat hehehe saje je aku ni..)

Bila di check oleh pakar ENT, doktor kata (ehh aku ni.. kejap doktor kejap pakar.. ehh suka hati akulah nak taip apa... kataku kepada diriku sendiri hehehe), dia bagi ubat dulu biar baik selsema ni, kalau lepas tu tak baik juga, mungkin kena buat pembedahan kecil untuk buang cecair yang blok (menghalanglah! bukan batu blok ke rumah apartment blok berapa ke?! hahaha merapu jer aku ni...) dibelakang gegendang telinga AH... hadoii yaii... risaunya aku... kecil-kecil nak kena operate ke... cukuplah masa kat NICU dulu, macam-macam wayar, tube ada kat badan anak aku ni... Apa yang aku boleh buat? Berdoa dan bagi makan ubat supaya AH tak kena bedah... Doktor kata nak monitor dulu.. so dia buat appointment lain..

Semalam kali ketiga kami datang untuk buat ujian audiologi dan jumpa pakar ENT... Alhamdullillah semua ujian lepas, Pakar Audiologi kata bacaan yang cantik... Fuhhh!! lega rasanya! Alhamdullillah.. Lepas tu pergi jumpa pakar ENT pula, dia orang pun tengok ke dalam telinga AH, Alhamdullillah semuanya ok... tapi doktor nasihatkan aku benda macam ni, boleh terjadi lagi, jadi kami sebagai superhero dan superheroin erhh.. silap.. ibubapa kenalah prihatin pasal kesihatan anak-anak.... jangan bagi anak selsema lama-lama... Doktor suruh datang balik setahun kemudian... Alhamdullillah.... sebagai superher... ehh.. silap lagi.. sebagai ibubapa.. ceewaahhh gila skema ayat aku untuk entry ni... sambung balik.... er.. sebagai abah dan mama kami berasa lega dengan  berita ni, dan berharap AH akan terus sihat... Amin...


Kita tengok-tengoklah gambar yang aku ambil tadi masa tengah test...

Menatang nilah yang digunakan untuk test tu!

Simple jer equipment dia

Ni comfirm Auni Haziqah! hehehe

Macam ni lah bacaan kat PC tu.. cantik la kot.. sebab ada graf.. dulu langsung takde..

Mama sedang tunggu Pakar Audiologi buat test

Depan bilik ni lah aku dengan aqil tunggu sambil makan Nini Celup-celup! (Err... tapi lain brand, bukan brand nini)

Moral kejadian...

1. Jangan bagi anak kau orang selsema lama-lama, kalau lebih 3 hari, bawa jer jumpa doktor... doktor lebih tau... jangan pandai-pandai sendiri... kau orang tu bukan doktor!! hehehe.. kalau kau doktor takpe!

2. Kalau anak selsema, batuk, demam on off lebih 5 hari ke seminggu, bawa laa pergi hospital kat emergency department... mungkin anak kau orang kena jangkitan kuman kat paru-paru...

3. Hargailah anak anda lebih daripada kerja anda!! Boleh??!! hehehe... <-- sebabnya.. kerja boleh cari.. nyawa anak tak boleh... kan?!!


**Nota kaki abah..
Aku rasa skema gila bila menaip menggunakan bahasa penuh ni.. walaupun aku sebenarnya bukan seorang yang Skem- A. huhuhuhu...

Ulasan

Mama Qiestina berkata…
yesssssza auni dah sihat!

tula anak kalo demam jgnlaaaah biar..
Makbed berkata…
YEss.. auni sihat dah. Alhamdulillah.

Auni Alwani pun dah sihat. Tapi idng beringus lagi. Skang, Ibu Auni lak demam.
the triplets berkata…
bagusnya huszaini ni bapak mithali...tulih blog pasal anak2, tapi tulah kan risiko kembar nih macam2. tapi Alhamdulillah dah settle, macam alya akan buat operation kat telinga unt.buang cecair kat telinga ngan op. lelangit bulan depan nih... http://thetriplets18.blogspot.com/search/label/real%20time
Mama Kembar 3 berkata…
Alhandulillah, moga moga lepas ni tak akan ada masalah lagi lah. Hopefully heroins 3 org tu akan sentiasa sehat, Amin.

p/s- setuju ngan semua moral kejadian tu. Keja mana mana pun leh cari, anak tak dak gantinya
Amy Syaquena berkata…
As'salam..

alhamdulillah...
||aLeaSaRa|| berkata…
syukur..kite yg baca dr mula entri berdebar2 tgu apa ending story.syukur AH dh sihat.Tu lah bhya ank selsema ni.pglmn kite dulu2 lah masa form 1 kena minor operate kat leher,sebab blk sklh kan cuaca pns dahaga apalagi trs minum air kat fridge.then tkejar2 nk gi tuisyen trs lk mandi.So bdn tu msh panas dah terjah ngan benda sejuk...jd ada benjol lendir kt leher.Jmp pakar ENT dan trs operate kj SJMC.Tu kite seram sjk tgk foto2 kt entri ni.
::..Dia daYa..:: berkata…
Alhamdulillah
semuanya normal

betul3x
kerja boleh dicari
anak hilang tak boleh diganty
Huszaini berkata…
A: Syukur pada Allah

MQ: Yeehaa sihat dah! Moga tak sakit lagi pas ni!

M: Ibu kena makan ubat... nanti macam mana nak jaga auni kalau ibu tak sihat..

TT: Hehehe belum sampai tahap tu lagi.. banyak lagi nak kena belajar.. Moga Alya sihat dan selamat segalanya... Amin...

MK3: Tq mama.. InsyaAllah

AS: Tq Amy...

||a: waa... dasyatnya alea... harap skg tak sakit-sakit lagi laa ye..

DD: TQ Daya!
Suliana berkata…
dulu anak saya pun masalah yg sama, disebabkan selsema.ada nanah /kahak dah naik ketelinga, siap kuar kot situ. bila dah kasi ubat, alhmdlh, kiranya 3-4 kali juga la berulang benda ni. siap kena sedut ngan pakar kat lubang telinga tu. last2, lubang kat yg bocor tu dah tutup balik.. smpi skrg, tak jadi lagi . alhmdlh sgt

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!