Hati-hati penipuan email!

Kau orang pernah tak terima email-email yang menipu ni? Dulu aku selalu terima yang bahasa inggeris punya.. selalu suruh reply ke call ke Nigeria atau Afrika...

Tapi baru-baru ni... aku terima yang melayu punya... kalau jenis yang buta IT dan buta hati... mau rasa seronok bila dapat email macam ni.... Gila ko! 2 juta pound! Siapa tak nak!? Tapi disebabkan aku berhati-hati, baca betul-betul dan berfikir... semua ni MENIPU jer!! Jangan Terpedaya ok!

Yang tak tahan tu.. siap guna nama Allah lagi... hadoii yaii!! Manusia oh manusia!!!

Kalau kau orang terima email macam ni, hati-hatilah.. beritau atau ajar pada keluarga kita or sahabat kita yang tak berapa mahir IT tu... pesan kat dia orang... kat internet ni macam-macam boleh jadi... kita kenalah berhati-hati...

Meh kita layan email mengarut ni... err.. sebelum tu.. aku ada try search nama dia kat facebook ada nama serupa.. tapi aku rasa bukan orang yang sama... kesian pemilik nama tu... tak pasal-pasal jer...

Gambar hiasan sumber dari Google



fromSarippudin <sarippudin@rediffmail.com>
tomrsshahsillabinti <mrs.shahsillabinti@live.com>
dateTue, Dec 14, 2010 at 2:40 AM
subjectAssalammuailaikum,
mailed-byrediffmail.com
signed-byrediffmail.com
Assalammuailaikum,

Saya ingin merpenalkan diri saya terlebih dahulu. Nama saya Puan Shahsilla Binti Sarippudin from Malaysia. Untuk makluman saya penghidap kanser di tahap yang serius. Dan doktor telah mengesahkan bahawa saya tidak akan dapat bertahan hidup lebih lama. Dengan murah hati nya saya ingin mendermakan segala yang saya miliki dan ini adalah keinginan yang saya dan arwah suami saya telah rancang sebelum ini. Memandangkan kami tiada di kurniakan cahaya mata.

Dengan murah hati nya dan keikhlasan hati saya dan arwah suami saya. Dan saya percaya allah maha mengetahui niat saya ini. Dengan ini, saya menghulurkan atau menyumbangkan sejumlah wang sebanyak £2,000.000.00 (Dua Juta Paun) kepada anda. Dalam memudahkan semua urusan antara saya dan anda, saya akan meminta peguam saya menyediakan segala dokumen yang berkenaan. Dan dengan izin allah semua urusan akan berjalan dengan lebih lancar, dan pindah hak milik di antara kita tidak akan bermasalah. Semoga allah memberkati segala kerjasama dari anda dan gunakan lah pemberian saya ini dengan bijaksana.


Salam,
Puan Shahsilla Binti Sarippudin.
Reply to: mrs.shahsillabinti@live.com


Ulasan

keunggulan wanita berkata…
Seriwangi pun selalu dapat email macam tu, mula-mula percaya juga, tapi..fikir-fikir punya fikir mana ada orang nak bagi kita percuma juta-juta...tu.Lu fikirlah sendiri' kata Nabilllah...
Huszaini berkata…
kw: tulah pasal... sapa laa yg baik hati tu kan... kalau betul nak bagi.. baik dia bagi terus kat rumah2 kebajikan ke anak yatim ke.. lagi bagus...
aLoNg berkata…
ops wait2 assalamualaikum...nk tanya ni ada x anda menghubungi peguam beliau.dan dapat dokumen puan shahsilla
intan berkata…
tu la kan..nape tak salurkan jer kat bdan2 kebajikan. nak jugak try kol peguam die tuh kan.

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!