Catatan

Penatnya berkelah 12 jam!

Imej
haa... penatnya!! baru sampai rumah.. baru lepas punggah barang-barang! budak-budak dengan mama semua flat screen.. kekeke.. abah masih bertahan untuk update blog.. rindu gila tak update... macam tak lengkap kalau sehari tak update! Ketagih ke aku ni?? Allamdullillah pagi tadi punya persiapan 98% complete.. sampai sana baru teringat nak membakar ayam tapi tak bawa penyepit baju eh.. makananlah! Lepas tu tak ingat nak bawa kipas lepas tu tak bawa pemetik api.. gila skema taip pemetik api.. eerr.. sebabnya kalau eja lighter nanti salah pula! ehh.. ni betul pula eja lighter... kekeke... terrer aaa saya eja lighter... ehh.. serius serius.. pesan diri ini kepada diriku.. tengah update blog ni kan!! heehehhe Lepas singgah kedai beli kipas lipas... err.. kipas sate tu.. sebab yang lain-lain keluarga sepupu saya ehh aku dah bawa! oklah nanti sambung laa.. sakit tangan nih.. bengkak... kenapa tah? Wassalammu... Nak buh gambar apa yer.. ermm... Terima kasih Kak Ely! Terbaik dari l...

Mandi laut lagi!

Imej
Hari ni nak bawa AMRAFAHAN mandi laut lagi! Kali ni pergi ramai-ramai dengan keluarga sepupu aku. Kita orang buat pot luck jer... Aku buat errr bukan aku buat... wife aku buat... ayam bakar berempah dan black pepper tapi tak bakar lagi laa.. nanti sampai sana baru bakar... cuma perap ayam jer dulu, lepas buat coleslaw lepas tu buat sandwich sardin dan telur. Tempat bakar, khemah dan tikar pun bawa juga! Sekarang ni tengah nak siap-siap barang nak susun dalam kereta. Malam tadi dah masukkan sikit... pagi ni nak sumbat lagi! Tempat yang aku pergi ni seperti biasa laa kat Port Dickson tapi kali ni kat pantai poli, dekat dengan KAYNS Resort. Hari tu kat dengan Petronas yang sebelah Bangi Kopitiam tu.. Batu berapa tah? Aku tak ingat aa... Ini kali kedua laa Auni Auni Auni jumpa lain! Kali ni bawa pelampung saja nak bagi main kat air dalam sikit... harap-harap Auni Auni Auni tak menangis lagi laa... Errmm.... kenapa PD lagi? Pergi dekat-dekat sudah! Janji hati senang dan gumbira...

JOM GEGAR BLOG

Imej
Segala maklumat lanjut klik sini Jom mulakan... Letak header BEN ASHAARI BLOG - DONE! Tajuk : JOM GEGAR BLOG dan linkkan ke entri ini ..  - DONE Tinggalkan link di ruangan komen entri ini .. TOLONG ..TOLONG .. TOLONG .. tinggalkan sekali saja.. nanti termasuk berkali lak.. - DONE Tu jer... Tarikh tutup ? Malam esok !! Esok malam.. Tomorrow nite .. Gud nite ... Terima kasih .. Jangan lambat.. lambat tak dilayan .. Segala airmata tidak dilayan .. okeh ? - DONE Sekian Terima Kasih!

Doakan Alya! Salah seorang kembar 3 kena bedah!

Imej
Assalammualaikum dan selamat sejahtera sahabat, Minta tolong boleh?!  Doakan famili geng kembar tiga The Triplets 18 sebab salah seorang kembar tiganya kena buat pembedahan PALATOPLASTY . Pembedahan telah dijalankan pada 19 Jan 2011 Maklumat terkini masih tak tau sebab tiada update di blognya... Apa itu  PALATOPLASTY ? Maksud yang ditranslate dari wikipedia oleh en Google. Kalau salah minta maaf yer! palatoplasti adalah prosedur pembedahan yang digunakan untuk membaiki ataumembina semula langit-langit pada seseorang dengan langit-langit sumbing. Tujuandasar dari prosedur ini adalah untuk menutup lubang abnormal antara hidung danmulut, untuk membantu pesakit mengembangkan pidato muzik, dan untuk membantumenelan, bernafas dan perkembangan muzik struktur yang berkaitan di dalam mulut.Setiap orang dengan derajat dari langit-langit adalah calon palatoplasti. Prosedur inibiasanya dilakukan pada bayi. Usia ideal untuk pesakit adalah antara 6 dan 12 bulan. Jika operasi d...

Hari ini saya sangat bertuah!

Imej
Hari ni aku sangat bertuah! Pagi-pagi lagi dah bertuah! Pagi tadi masa aku nak pergi kerja, aku pergi awal sebab nak tumbuk kad dulu sebelum hantar anak-anak ke taska... AMR dan AF ikut aku pergi tumbuk kad. Aku dukung AF kat tangan kiri AMR kat tangan kanan. Lepas tumbuk kat tu tiba-tiba ada bau... baik punya!! Rupa-rupanya AF sudah berak lepas tu diapers bocor kena laa kat tangan kiri aku... Lepas tu balik basuh tangan basah berak AF lepas tu hantar AMRAFAHAN pergi taska. Lepas hantar wife aku pergi kerja aku hantar Auni Auni Auni pergi taksa... err.. berapa banyak lepas tu daa... ahh.. malaas delete and edit.. biar jer.. Sampai taska AF dah tidur dalam baby car seat, AH dan AN cergas jer.. Lepas tu aku angkat laa si AH dan AN nak letak dalam stroller.. aku angkat laa AH tangan kanan aku AN tangan kiri aku... Sekali aku rasa basah.. aku ingat susu tumpah ke muak ke... rupa-rupanya AH berak daa.. kena dah tangan aku... bocor juga diapers dia nih.. hadoiii yaii.. Lepas tu h...

Caruman KWSP naik! Takde kesan pun kat aku!

Imej
Caruman KWSP naik balik ke 11% dari 8%. Berita bagus untuk orang yang ada potongan KWSP.. simpanan hari tua anda.. Tapi untuk orang yang macam aku ni? Kerja kontrak dengan kerajaan tapi takde potongan KWSP... ermm tak bermakna berita nih kat aku.. Tapi nak buat macam mana, dalam perjanjian macam tu.. kang kalau tak setuju tak boleh sambung kontrak pulak.. Ramai laa kata apesal kau tak cari kerja lain... buat apa kau stay lagi kat situ? Ermm... aku ada sebab tersendiri.. tak perlulah aku cerita... tapi kalau aku tak disambung kontrak pun aku redha.. InsyaAllah ada rezeki ditempat lain.. Dunia ni luas.. sebab Allah Maha Pemberi Rezeki.. Bukan apa.. bila lagi nak buat simpanan untuk hari tua kita hasil dari sumbangan majikan... siapa nak bagi 400 500 masuk terus ke akaun KWSP kita kalau bukan majikan kita... Bagi yang kerja sendiri tu lain lah kan.. boleh simpan sendiri.. Kau orang boleh cakap macam-macam.. setiap orang ada jalan hidup dia sendiri... kan?! Aku dengan cara ...

AKU INI LELAKI .. LELAKI INI ?

Imej
Ringkasnya siapa nak join klik sini Ok kita mula.. Pendapat aku mengenai wanita masa kini mungkin sama mungkin berbeza dengan lelaki lain.. Citarasa aku yang sedap mata memandang natural beauty lah.. macam wife aku (dah ada wife kena la up dia kan! hehehe) dulu masa mengorat dia, dia mana reti sangat pakai mekap ni.. hehehe simple tapi menarik! Sekarang dah terrer tapi still simple and menarik! Wanita pilihan aku sudah tentunya macam isteri aku! Allah lebih tahu sebab kenapa kita dijodohkan dengan seseorang itu kan?!!! Betul tak?! Ada sebab laa kenapa Allah tak jodohkan kita dengan ex awek kita kan? Semua tu rahsia Allah.. kena redha apa yang terjadi.. Dulu aku angau dengan..  Siti Nurhaliza.. lepas dia kawin rasa macam tak best nak suka dia. kekeke... jeles nih!! Nurul Shuhada Nurul Ain.. sebab aku bet dengan member aku dulu dia menang pertandingan pengacara Nona ke hapa tah.. tak ingat aa.. Sekali aku betul daa.. kalah member aku tu.. Lepas tu.. Lisa Surihani.. waa.... anga...