Aduihh!! Kena sound lagi!

Ini semua kerja mama laa nih!!! Ajar anak perkara-perkara yang baik dan sopan!! Huhuhu tak pasal pasal Abah pun kena sound dengan si Abang...

Mama selalu pesan dengan si Abang, kalau Mama ke Abah panggil, bila jawab panggilan tu kena sebut "Ya" jangan sebut "ermm" "aaa" dan lain-lain laa...

Hari itu masa abah bawa AMRAFAHAN pergi main kat taman permainan, Abang tanya laa Abah "Kita nak pergi mana ni Abah?" Abah pun jawab "errmmm". Terus abah kena sound dengan si Abang "Abah, mana boleh cakap 'ermm'!! Kan tak boleh cakap ermm..." huhuhu.. ya Abang!!

Mama hari tu masa sakit ulcer dalam mulut tu, tak delah boleh bercakap sangat, nak buka mulut pun sakit.. Si Abang nih bersembang laa dengan mama, Mama jawab "Ermmm" haaa... terus kena sound "Mama jangan cakap ermm.. mana boleh cakap ermm!!" kekeke... haa... hambik obat! Mama kena balik! Memang kelakar laa... yang bestnya si Abang cakap dengan muka yang jujur dan ikhlas jer...

Haa.. apa pun Mama berjaya ajar anak-anak adab sopan walaupun abah dengan mama kena sound balik! Good job Mama! Heee...

Ulasan

:|: TinTa Kibod :|: berkata…
kanak-kanak memang sangat jujur...
Ainul Hayat berkata…
HEHEHE...anak-anak memang teluskan? Cian mamanye ulcer..
Titisan Hujan berkata…
mendidik anak ni bkn keje sng

tahniah mama
yannie bunny berkata…
kiutnya... budak2 pnya kejujuran tu mmg buat kita nk gelak sokmo ;p
Ca Cik Duyung berkata…
bgus la abang..dia ingat nasihat2 mama ngan abah dia.. :)

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!