Demam lagi!

Update ringkas! Kelmarin Auni Auni Auni demam lagi.. demamnya bergilir-gilir.. bila sorang ni demam, dua lagi ok ok jer.. bila yang demam dah kebah sikit.. yang salah sorang dari dua Auni demam pula! Hermm.. ada masa tiga-tiga demam serentak! Cuma bezanya demam tinggi ke tak jer!

Semalam Abah dah bawa diorang pergi klinik, AH doktor beri ubat bontot sebab tinggi sangat demamnya.. sebab umur diorang dah 2 tahun 2 bulan, doktor dah beri ubat selsema.. Harap-harap selsema diorang makin sembuh.. kesian pula kejap-kejap lap hingus.. kadang tu sampai masuk mulut.. huhuhu... Si Abang pula abah bawa untuk suntikan kedua Kajian Vaksin denggi, nasib laa menangis kejap jer.. Harap-harap dia tak demam hari nih..

Hari ini mama hantar diorang ke taska.. harap-harap AMRAFAHAN tak demam laa.. kalau diorang demam nanti masing-masing lembik jer.. tak ceria rumah! Tapi bila terlebih ceria, bersepah pula rumah! hehehe... tak pe lah! Abah suka anak anak anak anak abah ceria dari monyok jer kan!!!

Harap-harap anak-anak pembaca blog abah pun sihat-sihat belaka laa yer! yang ada anak laa yer.. yang ada anak tekak tu tak kira aa... Tapi sekarang nih tengah musim kot! Ramai betul budak-budak yang demam kat klinik semalam! Erm.. perubahan cuaca kot? hehehe... Daaa...

Ulasan

UmmiAbi berkata…
A'ah abah AMRAFAHAN, memang musim. Wafa Sofea pun bru kebah demam & selesema. Skrang lost appetite plak.huhu.. Aritu gi clinic pun penuh ngan knk2..huhu.
Moga AMRAFAHAN sihat & ceria balik..Amin
[n a j e e b] berkata…
...dah pandai "daa..." skrg ni..!! kikikikiki!
mama4A's berkata…
anak2 mama pun sorang2 demam dtg singgah... huhu... cuaca skrg yg tk menentu..
:|: TinTa Kibod :|: berkata…
yelah..
musim skng bdk2 (makpak budak pn sama)..
pulak tu lambatnya nak sembuh..
batuk tu ada aje kahak..
ubat jenuh dah telan...

harap semuanya semakin sihat la k..

:| entri baru |: Baru! 5 jenis IPAD learning..RM30 je inc pos!
mummyizz berkata…
anak kembar mummy n 2 hero setakat ni kuat lagi..mummy dia selsema tak baik2

harap auni auni auni sihat2 yer
Kamalia berkata…
harap auni(s) semua sihat..kan,kalau sorang demam tu yang lain mesti berjangkit jugak.kalau serentak,mmg makpak tak tido malam.huhu
psstt..kalau doktor sini ajar,badan panas sgt, cuba letak coolfever tu kat tengkuk dan belakang badan.dahi pun letak jugak..nnt panas turun cepat sikit..
Mama Kembar 3 berkata…
alaa siannya semua skali tak sihat, mmg laa risau pk kalau camtu. Moga cpt sembuh yer AMRAFAHAN.... pastu start laa tlg abah & mama mengemas umah tu yer hehe
masms berkata…
Kesiannya hope cepat sempuh.aku baru pandai buat blog der...
aizamia3 berkata…
moga auni auni auni cepat sembuh..

sekarang ni musim panas dah bermula, kat rumah pengasuh, pengasuh sendiri demam selesema.. anak2 masih kuat lagi..

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!