Adik aku kuat semangat!

Alhamdullillah, adik aku Deedam seorang yang sangat kuat semangat.. aku rasa aku pun tak sekuat dia.. 

Semalam aku pergi melawat dia di wad ICU Utara HSA, Deedam tengah baring, kepala dia dah dibotakkan, kasihan aku tengokkan dia, dengan ada longline (CBP) dimasukkan dari urat dibawah bahu, aku pun tak reti nak sebut, mak aku kata anatomi apa tah.. hehehe.. terus ke jantung dia. untuk monitor hemodinamik punya sistem err.. lebih macam tu la.. siapa yang doktor tu lagi arif laa kot.. aku kalau suruh main elektrik pandai laa.. hehehe..

Semalam bila aku sampai dia mengadu bantal keras, sakit kepala dia, baring pun mengiring jer, jadi aku pun minta nurse tukarkan bantal yang lebih lembut tapi dia masih tidak selesa. Petang tu aku balik rumah makcik aku aku bawa bantal yang lebih lembut untuk dia baring. 

Petang semalam adik aku muntah, lebih ambil morphine jadi mungkin dia rasa sangat sakit, bila lewat petang dia mengadu sakit lagi, tapi bila doktor nak beri dia morphine, dia beria-ria cakap takanak dengan doktor, takut dia muntah lagi, doktor kata nak beri ubat tahan muntah, tapi dia tetap berkeras tak nak makan, sudahnya dia minta doktor bagi dia panadol jer, Doktor pun bagi panadol. Bila aku tanya dia sakit lagi tak? Dia kata dah kurang sikit sebab makan panadol, waa... terrer betul laa, kagum aku dengan semangat adik aku ni.
Oklah nanti sambung balik, nak pergi melawat adik aku..


Oklah baru sampai dari hospital. Alhamdullillah tadi aku jumpa Deedam dia tengah tidur. Bila dia tersedar dari tidur, dia minta makan, Mak ada bawakan dia sup ayam dan nasi, Deedam makan bubur hospital dengan sup ayam yang mak aku masak. Walaupun menggigil tangan dia nak pegang sudu, tapi dia tetap gagahkan diri suap makanan dalam mulut dia, sayu aku tengok tak sampai hati aku tengok dia, lalu aku pun suapkan dia sekali, nampak berselera dia makan, Alhamdullillah moga Deedam terus berselera makan dan cepat sembuh. Masa nak makan tadi aku tengok dia nak duduk sendiri, kuat betul dia.. aku tanya dia, kau tak sakit lagi ke? sakit sikit jer.. Balutan dikepala dia sudah dibuka pagi tadi, tiub untuk buang darah beku dikepala dia pun dah dicabut pagi tadi.

Terkejut aku tengok luka pembedahan dikepala Deedam. Aku ukur dengan tangan aku, panjang dia lebih kurang sejengkal setengah tangan aku, berbentuk U, dibedah bermula dibelakang telinga naik ke tengah kepala turun ke tengah belakang kepala. Adik aku sungguh rileks dan cool jer... ermm... aku rasa aku pun tak sekuat dia.. betullah kata ustaz, Allah beri ujian tu pada orang yang boleh lalui ujian tu... Allahamdullillah adik aku dapat lalui ujian ni.

Tadi sebelum aku balik, Deedam minta komik, so aku belikan dia komik Conan Detectives dan Kreko, ermm... dalam keadaan macam ni pun adik aku nak baca komik, hehehe senyum aku dengan perangai dia ni. 

Lepas aku belikan komik dia, nurse cakap dengan aku, Deedam dah boleh dipindahkan ke wad biasa, cuma tinggal tunggu tube di salur kencing dia dicabut dengan drip diberhentikan. Nurse pesan suruh makan banyak-banyak dan suruh mandi, hehehe... Nurse tanya dia kenapa tak nak mandi? Dia jawab malas mandi pagi, hadoi yai adik aku nih.. 

Sebelum balik tadi, aku pesan kat dia, kena mandi, nanti bau masam kalau orang ada datang melawat dia, aku tengok dia tersenyum lega hati ini bila nampak Deedam tersenyum. Moga Allah sembuhkan sakit Deedam secepat mungkin. Amin...

Ulasan

husna mukhtar berkata…
alhamdulillah.
makin sihat nampaknya
Wan Zulqhairi berkata…
Alhamdulillah. Syukur. Saya harap kesihatan dia akan lagi bertambah baek.
sicKo^ berkata…
Semoga adik ko cepat sembuh yek..
Miss Diela berkata…
alhamdulilah.
semoga cepat sembuh :))
CiK JuE berkata…
alhamdulilah deedam memang kuat...
cikbintang berkata…
alhamdulillah
die tabah pon sbb
org dcc nya tabah brsamanya
Huszaini berkata…
Alhamdullillah. Terima kasih kepada semua yang sudi mendoakan adik aku.. terima kasih yang tak terhingga...
Mama Kembar 3 berkata…
klakar laa plak jawapan tanak mandi sbb malas tu, selamba je dia kan?
bagus laa dia dah makin sehat. lepas operation mmg mesti kena kuat semangat baru leh cepat sembuh. InsyaAllah Deedam will be fine soon.
Sricahaya berkata…
Kuat tul semangat deedam..
moga deedam cepat sembuh..

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!