Amazing Deedam!

Semalam petang aku dapat mesej dari adik aku Deedam. Dia beritau aku dah boleh keluar wad. Hermm.. Cepat betul dia boleh keluar wad, hari Isnin operate, Selasa kat ICU, Rabu kat Neuro, Khamis petang dah boleh keluar wad. Kalau tengok luka pembedahan dia, aku pun tak pasti orang lain sekuat dia..

Cuma dia masih pening-pening dan sakit sikit-sikit. Sampai di rumah mak cik aku dia baring sekejap. Masa tu dah lepas maghrib. Lepas berita, aku layan cerita zombie kampung pisang, tiba-tiba Deedam keluar bilik cakap nak tengok tv. Ya Allah, aku yang tengok dia pun risau, tak sakit ke? ok ke? dia rileks jer boleh jalan-jalan lagi.

Takpelah macam mana pun, cuma aku harap Deedam terus kuat semangat dan cepat sembuh. Aku sekeluarga selalu doakan dia cepat sembuh dan sihat cepat, supaya dia boleh mula bersekolah semula. Dah banyak ketinggalan dia, aku harap dia dapat catch up balik apa yang tertinggal. InsyaAllah.

Deedam selepas operation, nak balik dah!

Ngeri aku tengok luka Deedam
Cuma aku mohon sahabat-sahabat dapat terus berdoa agar Deedam terus sihat dan sembuh dan tiada kesan sampingan dan tiada lagi tumor dikepala adik aku ni. Amin..

Ulasan

Jamiel berkata…
Insya Allah..
Hope dia cepat sembuh..

Feel free to join my GA
Izan Ishak berkata…
moga2 deedam cepat sembuh n terus sihat hendaknya...
Sisters berkata…
uishh mmg ngeri tgk luka operation tu. bagus laa deedam kuat smangat, InsyaAllah lagi cepat baik.
Liza berkata…
memang ngeri. hope dededam get well soon. be strong dear!
Sricahaya berkata…
besar tu tmpat dia operate..deedam mmg kuat semangat....semoga deedam cepat sembuh yer..
CiK JuE berkata…
deedam memang kuata semangat...semoga cepat sembuh
Makbed berkata…
alhamdulillah... selamat dah.
Mekar berkata…
Salam.

Mesti kena kuat semangat utk lekas sihat. insyaAllah.

from : mymekar.com

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!