Catatan

Mesin Penipu!!

Imej
Mesin timbang nih tipu laa.... Tahun lepas berat Abah baru 92kg. Baru Okeh!! Kekeke. Hari tu Abah timbang kat klinik masa bawa Si Adik aka AN yang demam. Mula-mula tengok bacaan kat mesin tu Abah macam tak percaya, rasa macam mesin tu tipu jer.. macam dengki dengan Abah jer... Ok ok ok... Sebenarnya Abah macam tak percaya berat dah naik balik... Tapi kena percaya juga laa kan.. habis asyik melantak jer... Huhuhu... Nih yang rasa macam nak beli beskal... Harap-harap berjayalah Abah beli beskal seterusnya boleh bersenam... Kot-kot nanti boleh kayuh beskal pergi kerja dari Putrajaya ke Seremban... Kompom kurus hehehe!!

Bantuan diperlukan: Tabung Adik Ahmad Sufi

Imej
Assalammualaikum dan salam sejahtera, Abah sangatlah ralat sebab terlambat nak hebahkan perkara penting macam nih.. Terlepas pandang... Harapan Abah, kita masih berkesempatan untuk membantu Adik Ahmad Sufi Bin Romi Agus Syumadi. Diharap sangat, perkara ini dapat disebar-sebarkan... Marilah kita sama-sama membantu adik Ahmad Sufi, sekurang-kurang Doa.. Mudah-mudahan usaha kecil ini dapat membantu meringankan kesakitan seterusnya menyembuhkan Adik Ahmad Sufi. InsyaAllah.. Tak perlulah Abah bercerita panjang.. Korang boleh baca apa yang dituliskan oleh Ibu Bapa Adik Ahmad Sufi ini. ******************************* Gambar Ahmad Sufi yang terkini pada 14 Jun 2012 Ahmad Sufi Assalamualaikum....  Ini adalah gambar Ahmad Sufi Bin Romi Agus Syumadi... Ahmad Sufi dilahirkan pada 12 Mac 2012 dan sejak lahir dia menghadapi masalah paru-paru yang kritikal. Kos perubatan Ahmad Sufi di Children Westmead Hospital, Sydney adalah tidak kurang dr AUD 3000 (RM9000) SEH...

Angah pula tercedera!

Imej
Pagi ini Angah aka AH pula tercedera. Kejadian berlaku lebih kurang pukul 6 pagi tadi. Masa tu Abah tengah solat subuh. Tiba-tiba terdengar Angah menangis. Lepas solat tuh, Abah tengok Mama tengah bersihkan darah kat mulut Angah. Rupa-rupanya, Angah tersadung lepas tu terjatuh kena bucu katil. Abah terus bagi Angah minum air zam zam, sapu sikit kat bibir dia, lepas tu Mama bagi minum madu sikit, mudah mudahan tak teruk lukanya. Lepas tu terus bawa pergi Hospital Putrajaya kat unit emergency, Alhamdullillah tak ramai orang, lepas pergi triage dan daftar, tunggu sekejap doktor dah panggil. Agaknya Auni Auni Auni ni fobia tengok katil putih kot! Angah pun sama macam Kakak menangis bila suruh baring kat katil hospital. Lepas doktor tengok tu, doktor kata kena suruh Angah kumur dengan air sejuk atau kulum ais atau bagi ais krim nak bagi salur darah mengecut dan darah berenti mengalir. Doktor kata luka kat gusi gigi depan tu sikit, lagipun takde gigi goyang, doktor bagi Ubat dyna Orapast...

Happy Birthday Abang!!

Imej
Hari ini hari lahir anak Abah yang pertama iaitu Aqil Muhammad Rayyan aka AMR aka Abang. Masih abah teringat lagi saat-saat Abang nak keluar dari Mama, macam mana kuatnya jeritan Mama (hehehe Mama jangan marah aa..) nak keluarkan Abang dari perut Mama tuh.. Sedar tak sedar dah 4 tahun berlalu.. Sekejapnya masa berlalu.. Abang pun semakin bijak berkata-kata, nakal-nakal manja dah pandai mengaji dan menyanyi... sampai Abah terikut laa lagu nyanyian Abang tu.. Abah doakan Abang membesar jadi anak yang soleh, beriman, berakhlak mulia, hormati orang tua, membaca dan menghafal Al-Quran dan segala-gala yang baiklah.. InsyaAllah. Abah dan Mama sayang Abang dan Adik-adik sangat-sangat!!! Happy Birthday to you! Happy birthday to you! Happy birthday to Abang! Happy birthday to you!! Sayang Abang sangat-sangat!!

Kaki Kakak luka terbelah!

Imej
Sekarang ini Abah dekat Hospital Kota Tinggi kat unit kecemasan. Bawa Kakak aka AF sebab luka terbelah macam separuh duit syiling 10 sen. Kejadian ini terjadi tadi sebelum nak keluar rumah pergi makan. Sebelum keluar tu Abah bagi makan arnab dulu. Lepas tu ajak kakak. Tiba-tiba dia datang kat Abah dia cakap sakit kaki. Bila tengok kaki dia dah keluar darah banyak, cepat-cepat Abah basuh dan tekan tempat luka tu tak bagi darah keluar lagi. Masa basuh tu darah menjijis-jijis keluar! Kakak dah nangis-nangis... "Darah! Darah!" Cakap Kakak. Abah cepat-cepat suruh anak buah Abah ambil 1st aid kits dalam kereta. Haii... Nasib laa Abah memang standby 1 set kat bonnet kereta. Abah cepat-cepat letak ubat kuning pada kain jarang-jarang tu.. ala yang orang buat balut luka tuh! Apa nama dia.. goose ke hapa tah.. macam bunyi angsa jer.. huhuhu.. Lepas bubuh ubat terus balut ketat-ketat tak bagi darah keluar. Cancel terus nak pergi makan.. Ehh... Nama Kakak dah dipanggil! Nanti sambung....

1111 dah!!! Terima kasih!!!

Imej
1111 umpama mewakili setiap seorang anak abah! hehehe.. setakat nih laa.. kot laa tetiba dimasa depan ada rezeki lagi jadi laa 11111... Amin... hehehe.. Err.. Mama ok ke?? hehehe Terima kasih pada semua pembaca dan follower blog AMRAFAHAN yang tak seberapa nih.. Peace Yo!! Abah pun tak tau laa kenapa sejak balik dari Umrah nih, kemain malas lagi nak update blog... hadoih.. padahal macam macam cerita dalam kepala otak nih.. InsyaAllah lepas nih Abah lebih rajin kot.. Amin.. Err.. nak bitau korang nih... AMRAFAHAN n the gang dah keluar kat MAJALAH ANIQAH bulan Mei 2012. Tapi ada ayat kat dalam majalah tu yang jadikannya Abah rasa tak best... huhuhu... nantilah Abah cerita yer.. mungkin sebab tu kot.. mood nak update blog takde.. Tapi abah tak salahkan sapa-sapa.. maybe wartawan tu nak sedapkan ayat dan cerita dia.. oklah.. tak mo citer lagi.. rasa tak best nih.. huhuhu... kalau tak sabar nak tunggu abah cerita maybe korang boleh cari sendiri majalah tu dan baca.. maybe koran...

Tengok Abah jumpa siapa?!!

Imej
Hehehe... Mula-mula jumpa kat ladang Tamar kat Madinah. Lepas tu jumpa masa tengah saie, jumpa lagi masa tawaf. Last sekali jumpa kat airport sebelum nak balik. Dia datang dengan famili dia. Dia memang baik peramah dan tak sombong. Terima kasih Ahmad Idham kerana sudi melayan kerenah kumpulan jemaah kami! Nota kaki Abah: Err... Takde laa pula Abah minta nak berlakon dengan dia. Tau memang takde bakat pun. Hehehe