Ahad, 10 Jun 2012

Angah pula tercedera!




Pagi ini Angah aka AH pula tercedera. Kejadian berlaku lebih kurang pukul 6 pagi tadi. Masa tu Abah tengah solat subuh. Tiba-tiba terdengar Angah menangis. Lepas solat tuh, Abah tengok Mama tengah bersihkan darah kat mulut Angah. Rupa-rupanya, Angah tersadung lepas tu terjatuh kena bucu katil. Abah terus bagi Angah minum air zam zam, sapu sikit kat bibir dia, lepas tu Mama bagi minum madu sikit, mudah mudahan tak teruk lukanya. Lepas tu terus bawa pergi Hospital Putrajaya kat unit emergency, Alhamdullillah tak ramai orang, lepas pergi triage dan daftar, tunggu sekejap doktor dah panggil. Agaknya Auni Auni Auni ni fobia tengok katil putih kot! Angah pun sama macam Kakak menangis bila suruh baring kat katil hospital. Lepas doktor tengok tu, doktor kata kena suruh Angah kumur dengan air sejuk atau kulum ais atau bagi ais krim nak bagi salur darah mengecut dan darah berenti mengalir. Doktor kata luka kat gusi gigi depan tu sikit, lagipun takde gigi goyang, doktor bagi Ubat dyna Orapaste untuk sapu kat bibir dan gusi Angah. Lega dengar doktor kata tak teruk sangat, tapi kalau nampak lain macam jer, kena refer balik doktor kat emergency dan diorang akan refer ke doktor dental.

Oklah nak balik rumah dah. Ubat dah dapat pun. Abah doakan gusi dan sakit Angah tak teruk dan cepat sembuh! InsyaAllah.

6 ulasan:

pena rozie berkata...

semoga cepat sembuh........

greenveined berkata...

cepat sembuh ye angah ngan kakak~!!

NorMala @ KakakSatu berkata...

alolo..sian tgk angah nangis3.. semoga angah cepat sembuh.. amin..

Sally Yatiey berkata...

Semoga cepat sembuh. hehe :D

the triplets berkata...

Kesiannya...tulah budak2 x reti duk diam

Ikhwan Reyes berkata...

ingatkan angah raja lawak...apa2 pun hati2 ye angah... :-)

exabytes unlimited