Catatan

Anak aku pemalas?

Imej
Ermm... lama dah nak buat entri ni.. tapi terlupa letak gambar kat mana... hehehe.. Tengah belek-belek folder lama, terjumpa laa... Masa ni Auni Naqibah tengah malas nak pegang biskut yang kita bagi kat dia.. So, dia sumbat jer kat mulut dia tu.. lepas tu makan sikit-sikit sampai habis... hehehe... comel jer aku tengokkannya... Auni Naqibah Buat rileks jer dia.. Berapa lama dia kemam pun aku tak ingat hehehehe Meh layan perangai dia orang pula! Klik Sini

Cara nak tambah visitor kat blog kita

Imej
Salam sejahtera.. Aku nak share something.. mungkin ada yang dah tau, mungkin ada yang belum... Kita boleh cuba laa mana laa tau tiba-tiba meletup blog kita dengan isu yang kau orang utarakan tu! Antara cara nak entri kau orang di baca oleh orang seluruh dunia, kau orang boleh guna Apesal.com . Pada aku menarik laa.. boleh tengok entri-entri best kat situ... Mai lah cuba! Senang jer register kat situ. Lepas tu ikut aturan dia.. Ni aku ada print screen dia punya webpage.. Haa... nampak tak blog aku ada kat situ! hehehe Moga info ni berguna untuk kau orang.. Sekian terima kasih!

Main game pun boleh dapat duit!

Imej
Menarikkan! Main game jer boleh dapat cash voucher! Siapa nak bagi kan! Kat mana nak main? Main kat sini -->>  Adizero Running & Football .  Bila dah dapat high score boleh dapat cash voucher lepas tu boleh redeem kat Adidas store.. main game jer pun boleh dapat duit! Jom main game! hehehe Alhamdullillah. Terima kasih pada   Nuffnang  sebab sudi bagi aku BE lagi.. Bagi laa banyak-banyak lagi.. hehehehe Terima kasihlah pengiklan sebab sudi melepak kat blog aku nih... toceii tocei.. hehehe Nilah iklan yang sudi melepak di blog aku...

Hangin tapi tak boleh marah!! Versi Kedua!

Imej
Haiii lah.. anak-anak... nak marah tak boleh.. nak gelak pun boleh jerlah... Kali ni acara main bedak diketuai oleh En. Aqil disertai oleh Auni Auni Auni... Kelmarin, anak-anak, aku letak dalam bilik... lepas tu senyap jer... wife aku pun pergi laa jenguk... ingatkan dah tidur.. rupa-rupanya ada aktiviti... Wife aku buka jer pintu bilik terus panggil aku berkali-kali... aku pun ingatkan ada apa laa... sampai atas tengok... baikkkkkk punyer dia orang main bedak... Hangin jer nengokkannya... tapi pada masa yang sama tersenyum dengan keletah dia orang... hehehe... so layankan jerlah... Anak-anak abah... anak-anak abah... huhuhuh... Auni Naqibah nampak aku jer terus cakap abahhh!! Semua berebut nak keluar bilik bila pintu terbuka! Tangan dah putih dah! Penuh dengan bedak! Dengan perasaan kompiden jer Aqil continue main bedak! Grrr!!! Cerita versi pertama klik sini

Hari ni genap 2 tahun

Imej
Al-Fatihah... Hari ini genap 2 tahun arwah abah aku pergi meninggalkan kami sekeluarga. Moga arwah abah ditempatkan dikalangan orang yang beriman.. Amin.. Rindu pada abah sangat-sangat... Moga bacaan Al Fatihah ni sampai kepada abah dan mengurangkan rindu aku sekeluarga pada abah...

Alhamdullillah Udo dah stabil

Imej
Alhamdulllilah pakcik aku Udo dah stabil. Semalam aku dapat lawat di kat Hospital Ipoh bersama-sama dengan sepupu aku, lega hati ni tengok dia dah boleh makan, dah boleh bersembang... walaupun nampak lemah, tapi aku nampak ada kekuatan disitu, ditemani oleh isteri dan anak beliau... InsyaAllah hari Isnin ni, Udo akan dihantar ke IJN. Nanti bolehlah kami melawat lagi... Sempat juga laa aku snap gambar dia.. pada saudara-mara aku yang tak dapat pulang tengok dia, harap gambar ni jadi pengubat rindu kepada pakcik kita... Lega tengok Udo dah boleh senyum Selera makan pun dah ada Depan pintu masuk Wad CCU Hospital Ipoh

No cantik Ben Ashaari.com

Imej
Assalammualaikum dan selamat pagi... Tadi aku tengah belek-belek blog Ben Ashaari ni... pastu terperasan satu benda menarik... cam cantik dan lawa jer nombor tu... aku pun alagapas laaa!! terus jer.. print screen... Lepas aku print screen jer.. terus jer nombor tu bertukar... hehehe nasib sempat.. Ben, kalau kau marah aku print screen blog hang, hang kena belanja aku roti tampal kat Ali 1 Bistro! hehehe Satu yang aku.. ehh.. bukan satu.. banyak.. tapi antaranya yang aku kagum pasal blog ben ni, tengah malam dan pagi sebelum ayam jantan bangun pun ramai orang jenguk blog dia.. tu tengoklah sendiri... tabik tuan! hehehe Lepas tu ko tengok pageview dia tu! Perghh!! Meleleh air liur anak aku ... tengok punya laa cepat naik.. tak sampai 10 saat dah bertukar dah... Kalau blog aku... huh... jangan harap... 11 saat baru jer nak bertukar nombor kat page view tu.. kekeke... aku tipu... mana dapat 11 saat... 11 jam mungkin... minta-mintak laa lepas ni lagi cepat dari 10 saat tu.. Amin.. ...