Rabu, 10 Oktober 2012

Kakak majuk!

Hari tu masa Abah tengah siapkan AMRAFAHAN ni. Pakaikan diorang baju sebab baru lepas Abah mandikan diorang. Sambil pakaikan baju tu, Abah cerita-cerita laa.. siapa dah besar jer baru boleh ikut Abah pergi surau. Sekarang nih tak boleh, kecil lagi! Si Abang menyampuk, dia boleh ikutkan Abah! katanya.. hehehe... selalunya memang Abah bawa dia pun pergi surau, selalu gak pesan kat dia kalau dia tak solat betul-betul, Abah tak nak bawa lagi pergi surau. Bila atas motor, beria-ia angguk kepala. hehehe tapi bila dah sampai ermm... hilang habis janji manis si Abang... tapi sejak dua tiga kali Abah tinggal dia tak bawa pergi surau bila sesekali dia ikut Abah pergi surau, memang dia solat betul-betul laaa... setiap kali lepas solat bila Abah toleh ke belakang ke Abang, dia akan beritau Abah "Abang solat betul-betul Abah!" Abah tersenyum, dalam hati ini lega walaupun si Abang bukan solat yang sebenarnya, sekurang-kurangnya pergerakkan solat tu dia dah tau. Alhamdullillah!

Ehh... Abah sepatutnya cerita pasal kakak ni! er... bila Abah cakap budak besar jer boleh ikut Abah, kakak pun cakap dengan Abah dia dah besar! "Kakak dah besar kan Abah kan!"  Bila Abah jawab "Tak!! Kakak tak besar lagi! Kalau dah besar kena besar macam Abah!" Kakak jawab balik "Takk!! Kakak dah besar kan Abah!!" Abah jawab "tak!!" Haaaa.... Apa lagi si Kakak sambil pakai tuala, berlari ke bingkai pintu bilik, terus menangis teresak-esak! dengan tangan bersilang letak kat bingkai pintu, sambil muka tekup kat tangan dia tu, lepas kaki bersilang dan sambil telanjang bulat sebab tuala terlondeh cakap sambil menangis "Kakak dah besar!! Kakak dah besar!!" Boleh bayangkan tak? hehehe susah nak terangkan camne! Abah bila tengok camtu, terus tersenyum! Comel jer si Kakak nih! Kelakar pun ada!! hahaha panggil si Kakak pujuk dia! peluk dia!! Cakap dia dah besar! baru dia diam! Hadoihh... tak sangka laa pula Abah bila cakap macam tu si Kakak boleh merajuk macam tu sekali!!

Kakak! Kakak jangan merajuk lagi tau! nanti Abah ketawa dulu baru pujuk kakak! hehehe

Lebih kurang macam nih laa kakak merajuk!

5 ulasan:

Makbed berkata...

bleh bayang..bleh blehh...

Wehehehehehe... kelako..

Rai Ourkizuna berkata...

kuat drama lah kakak ni.. hahaha... anak pompuan mmg ada bakat kot kan...

ansorullah berkata...

hehe, baru rasa nak mengomen.

adeh, boleh bayang kakak yang comel

MUMMYIZZ @4 Hero Izz berkata...

alahai...sbb panggil dia kakak kut tu yg dia rasa dia dah besar hehehe..
sebenarnya nak bermanja2 tu

missswafea berkata...

comelnyaa :)

exabytes unlimited