Info pasal berkorban di Hari Raya Haji!

Semalam Abah dengar kuliah maghrib kat Masjid Tuanku Mizan atau dikenali sebagai Masjid Besi, Abah nak kongsi sikit ilmu yang Abah dapat semalam. Dulu masa budak-budak pernahlah belajar sebab kalau kat Johor boleh dikatakan habis sekolah akademik sessi pagi kena pergi pula sekolah agama pada sessi petang, dulu belajar ibadat, muamalat, munakahat dan jenayat guna kitab muta al baddrin, hehehe berpinor biji mata nak membaca tulisan jawi yang kecil dan rapat tuh!!! tapi bila semakin besar, ilmu tu tak diamalkan terus dilupakan. Alhamdullillah sekurang-kurang ilmu yang Abah dapat semalam mengingatkan kembali sedikit sebanyak yang Abah pernah belajar dulu.

Tajuknya pasal korban hari raya haji.
Antaranya yang Ustaz bitau

  1. Jika si Suami melakukan korban walaupun 1 bahagian, keluarganya iaitu isteri dan anak-anak di bawah tanggungan dia juga dapat pahala korban
  2. Tidak sah korban jika terima binatang korban dari orang bukan Islam, kita boleh terima sebagai hadiah saja
  3. Tidak digalakkan untuk berhutang semata-mata berkorban, bak kata ustaz, rim sukan kereta ribu-ribu boleh beli, senang kata habis duit ke lain boleh, tapi kenapa untuk berkorban sekali seumur hidup tak boleh?
  4. Ada pendapat ulamak menyatakan, boleh berhutang untuk berkorban jika kita tahu dalam masa terdekat kita akan dapat duit dan boleh membayar hutang dengan cepat
  5. Tidak boleh membeli upah kepada penyembelih korban dengan daging korban itu sendiri. Hendaklah digantikan dengan barang lain atau mudahnya guna wang
  6. Tidak ada larangan dalam Islam menyatakan daging korban tidak boleh disimpan lebih dari 3 hari. Boleh simpan lebih dari itu, ikut suka kita. Tapi jika untuk diagihkan, seelok-eloknya bagilah awal-awal
  7. Digalakkan menu makan untuk hari berkorban itu adalah dari daging korban itu sendiri.
  8. Disunatkan jangan potong kuku dan rambut sehingga binatang korban disembelih, bermula bila? kalau dari niat hari ini nak korban bulan depan, susahlah, ada ulamak menyatakan tiga hari sebelum korban atau awal bulan zulhijjah, jadi takdelah lama sangat simpan kuku tu!
  9. Orang yang melakukan korban tidak boleh jual daging korban tu, hatta masukkan sedikit untuk menjadi rencah masakan jualannya, tapi orang yang menerima boleh menjual daging korban itu. Kadang-kadang si penerima menerima terlalu banyak daging korban, dia tak de tempat simpan, jadi dia boleh jual daging itu
  10. Daging korban boleh dibuat untuk makan kenduri, asalkan tidak dijual, cuma perspektif masyarakat kita menyatakan, alaa kedekut betul si polan si polan buat kenduri guna daging korban, itu hanya pandangan masyarakat tapi dibolehkan
  11. Wasiat dari ibu bapa yang telah meninggal dunia untuk melakukan korban sunat dilakukan jika mampu, jika tak mampu tak mengapa
Itu antara yang Abah sempat ambil nota laa... ada lagi tapi tak sempat ambil nota, takut tersalah info pula! Korang boleh gunakan internet untuk mencari lagi ilmu-ilmu ni, pastikan dari sumber yang boleh dipercayai. Semoga ilmu yang sedikit ini dapat membantu korang! Sebar-sebarkanlah ilmu ini! Yang baik itu dari Allah yang buruk itu dari Abah. InsyaAllah

Gambar hiasan sumber sini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!