Khamis, 26 Julai 2012

Berita sedih... kembar meninggal dunia!

Berita sedih ni di sampaikan oleh kawan Abah. Berkenaan dengar kembar.. Sama-samalah kita berdoa untuk kembar Mizs Lea Uci (ID FB), semoga baby kembarnya terus sihat InsyaAllah dan sedekahkan Al Fatihah untuk baby kembarnya yang seorang lagi telah meninggal dunia. Semoga keluarga kembar ini tabah menghadapi dugaan ini. InsyaAllah.

Ini copy paste dari komen member Abah pasal cerita kembar tu... sayu hati membacanya..

*************

+zaini, oya ni. cuma nak maklumkan, kawan oya lahirkan kembar 18 julai 12 yang lalu, lepastu baby kurang berat.. seorang 1.2kg(adik) dan seorang lagi 0.8kg (abg). semalam petang jam 2, si adik meninggal kerana bleeding. future info tak pasti lagi.. setakat yang diberitahu itu je. dah selamat dikebumikan mlm tadi jam 10mlm.

sekarang ni, ibu dan ayahnye tengah survive jaga yang 0.8kg (abg). sekarang baby ada di hospital JB NICU.

pilu bila saat oya call si ibu, si ibu tengah pangku mayat adik dari JB untuk di bawa ke MUAR.

semoga allah merahmati si adik.

p/s: fb dia misz lea uci. dia belum sempat join kembar.

dia pernah terserempak dengan auni2dekat hospital putrajaya masa dia datang ke putrajaya dengan oya, dan dia sangat teruja nak join geng kembar, tapi tiada rezeki.. insyallah, kita doakan si abang terus servive untuk hidup.

hanya nak kongsi cerita.. terima kasih..

Thursday, July 26, 2012 8:30:00 AM

************

Jika ada kawan atau saudara kepada keluarga Mizs Lea Uci, Abah nak ajak Mizs Lea join group FB Dianugerahkan Kembar, di sana ada ibu bapa yang pernah mengalami pengalaman ini, InsyaAllah kawan-kawan dalam group ini akan beri support untuk beliau...


4 ulasan:

Rosniena berkata...

Al-fatihah..yang pasti arwah akan menanti di syurga

Rai berkata...

innalillah..semoga abangnya akan survive..dan semoga ahli keluarga tabah menerima dugaan ini..

oya zihanee berkata...

salam zaini, nak buat correction cikit, kawan oya punya id fb MIZS LEYA UCI.

terima kasih sebab announce dekat kawan-kawan, harap2 doa kawan-kawan diterima allah dibulan baik untuk si abang..

terima kasih banyak2

Tulisan.Hati.Kecil berkata...

thanks sahabat....mudah2an arwah anak saya tenang di sana,.... :)

exabytes unlimited