Ku lihat hijau!!

Sempena bulan Ramadhan ni, Abah tukar background blog Abah dari hitam ke hijau. Hehehe.. Ok ke serabut?

Harap dapat beritau Abah yer.. Maklumlah Abah nih takde bakat seni, buta seni cakap omputihnya!, seni tidur tau laaa! kekeke

Ermm.. lagi pun hijau ini sejuk mata memandang. Warna kegemaran Rasulullah SAW.

Ok cerita lain pula! Alhamdullillah hari ini hari kedua kita semua dapat bersolat terawih, Abah pun dapat buat sama-sama dengan jemaah kat kawasan rumah Abah ni. Harap-harap lepas ini, Abah dapat pergi juga ke surau walaupun penat balik kerja bila hari bekerja nanti. Kalau boleh nak berjemaah sampai laa hari terakhir bulan Ramadhan ni. Korang macam mana? Sama-samalah kita buat ibadah banyak-banyak di bulan yang mulia ini. InsyaAllah

Zakat pun jangan lupa tau!! Alhamdullillah Abah dah settle kan awal-awal lagi!
Bagi yang nak tau berapa kena bayar, boleh rujuk panduan jadual zakat fitrah seluruh Malaysia tahun 2012 / 1433H ni..

Jadual Zakat Fitrah Seluruh Malaysia 2012 / 1433H


Selitan gambar ada unsur hijau...

Karpet Raudhah di Masjid Nabawi pun hijau. Berebut orang nak solat kat sini!

Makam Rasulullah pun warna hijau

Ulasan

Citarasa Rinduan berkata…
salam ramadhan u papa kembar skluarga

mmg ayu minat warna hijau.. sejuk jer

hari nie ayu xdpt tunaikan solat terawih berbanding smlm sbb ayu dlm pjlnn pulang dr kampung
Huszaini Haron berkata…
@Citarasa Rinduan tq ayu! takpe solat terawih buat sendiri nanti :)
princessrayha berkata…
salam ramadhan abah,mama abg AMR .n kembar 3
UmmiAbi berkata…
Salam Ramadhan abah AMRAFAHAN...
Ummi pn ske hijau..Tenang jer...Bckground blog ummi stakat ni pn hijau..Dh tukar 3background,sume hijau..hehe.. Sukalah dgn bckground blog abah...:)

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!