Makan time!

Gambar ni lama dah ambil masa tahun lepas. Masa ini mama kena outstation 4 ke 5 hari... tak ingat dah! Biasanya lepas ambil diorang dari taska, Si Abang akan ajak makan kat kedai. Kedai tu dia yang pilih! Mula-mula tu dia pilih kedai mamak Ali 1 Bistro kat Presint Diplomatik tu sebab dia boleh order telur setengah masak. Lagi pun AMRAFAHAN suka makan capati! Senang laa.. Order capati lepas tu carik-carikkan dan letak dalam pinggan masing-masing. Lepas tu tambah kuah dal, memang laju laa diorang makan! Abah pun senang hati!

Masa nih kat kedai Selera Kita kat Presint Diplomatik juga, senang dekat dengan rumah. Abah order Nasi Goreng Cina, telur mata 2 biji dengan air barli suam. Favorite diorang air barli sebab boleh makan bijinya sekali! 

Kakak jer memang tak nak duduk kat baby chair tu!


err... Adik baru biru tu kot! hehehe

Masa ni Abang ajak makan kat kedai Arab / Pakistan ni sebelah Ali 1 Bistro tu. Abang order nan, kebab dan nasi kambing untuk abah dan juga air oren

Abang suka ratah kuah dal nih!

Kakak tolong lap meja





Yang main gelas plastik tu si Angah kot! hehehe

Ni si Adik kot! hehehe
Kekecahan, kesepahan akan berlaku kepada semua kedai yang dipergi! Masa abah bawa nih sorang-sorang semua orang tengok jer... hehehe... senyum jerlah pada orang orang tu!

Ulasan

Izan Ishak berkata…
ragam amrafahan yg tak mungkin berulang bila dorang semua dah besar nnti kan... tgk gmbr2 ni semua... aunty pun senyum sendiri...
AzNuRuL AzMaN berkata…
comel2 si kembar & si abg..kalau ada dpn mata saya pun tenung lama2..dah la cumel..kembar pulak..rasa nak peluk cium je budak4 tu sume..

tgk camtu mula la teringin nak anak kembar..walau nak jaga boleh garu kepala yg takde kutu..tak pun boleh jadi tarzan..bila baca2 balik boleh senyum sorang2..
the triplets berkata…
baguslah abah ni blh control sorg2
Nadiah Sidek berkata…
wah..tabik la boleh jaga keempat-empatnya masa diorang outstation!
aizamia3 berkata…
membayangkan kalau ai yang hadap sorang2..

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!