Abah seorang PATI!!!

Sekarang nih Abah dalam perjalanan ke Johor Bahru, ada sukan antara Jabatan, Abah jadi pesenjerrr jer.. Tu yang boleh menaip nih.

Hari ni macam-macam hal jadi, tadi pagi masa nak keluar rumah,  Abah tak jumpa kunci rumah! Arghh sudah! Dah laa lambat, member Abah dah tunggu kat opis. Mama dan AMRAFAHAN dah keluar awal, Abah keluar lewat sikit. Pintu gril tak boleh buka, kunci Abah, lupa letak kat mana, agaknya tertinggal dalam kereta Mama atau tertinggal kat opis atau kat mana-mana jer! Sebab Abah seorang yang cepat lupa!! Abah cuba cari kunci pintu bahagian depan rumah pun tak jumpa juga! Arghh sudah, nak tak Abah keluar ikut pintu dapur dengan panjat tembok. Humang haii... Mau krem kaki menampung berat badan Abah yang ringan sangattt nihhh masa terjun tembok tadi! Huhuhu

Bila dah boleh keluar tu, Abah cepat-cepat laa bergerak sebab member Abah dah mesej Abah nak tinggalkan Abah!! Abah bawa kereta laju sikit dari biasa.. Hehehe takut kena tinggal!! Sampai opis, Abah terus call member, nasib laa dia tak tinggal Abah! Dia pergi cuci kereta dulu! Lega rasa hati! Lepas tu Abah rasa macam ada yang tak kena, terus teringat wallet Abah! Cek dalam poket seluar takde!! Alaamakkk!! Pastu Abah sedapkan hati, ada dalam pouchbag kotttttttt!!! Abah cek juga! Takde jugakkkkk!!!! Aramakkkk!!! Sura jadi pendatang asing takpa izin yang kacak rooo... Hehehe... Segala mak nenek ada dalam tuh!! Adoihhh macam mana nih??!!! Tawakal jer lahh!!! Jangan jadi apa-apa sudah!!!

Tadi berenti rehat kat. RnR Pagoh, Abah cakap dengan member opis yang sama-sama konvoi dengan Abah, diorang kata kalau jadi apa-apa diorang taknak mengaku kawan!! Abah terus nangis kat situ jugak!! Hehehe taklah tipu jer!! Err... Kalau Abah nangis betul-betul pun bukan ada korang nampak pun! Hehehe

Tadi Mama call bitau Abah wallet ada dalam bilik, hermm... Takpelah nak buat macam mana, dah tertinggal. Nasib ada RM20 dalam pouchbag Abah, cukup laa nak sampai hari Ahad nih! Huhuhu

Published with Blogger-droid v2.0.9

Ulasan

Mama Kembar 3 berkata…
cian hehehe. 'pendatang asing takpa izin yang kacak' yg tak tahan tu haha
Sharifah Nadzarah berkata…
NAK TEPON IMEGRESENLAH...SOH TGKAP ABAH..HEHE....
BYK SGT MAKAN SEMOT KOT..TU YG LUFE...JGN MARE ABAH..
QasehnyaRania berkata…
hehe..acaner la leh tertinggal wallet:D

ckup ke RM20..buah tgn tok anak camno ..:D
iyan shazlind berkata…
hehehe xpe2 esok dah ahad...klau kalut2 mmg confirm akan ada yg tertinggal pnya la :P

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!