Kongsi kongsi eskrem!

Assalammualaikum dan selamat pagi! Waaa lamanya tak update blog nih!! Rindu dah... abah cuti blog pun cuti! huhuhu... Macam mana sambutan raya korang? harap harap meriah laa yer!! kalau ada yang bersedih tu, ujian Allah pada kita yang masih sayangkan hamba Nya.

Nak cerita masa AMRAFAHAN balik rumah nenek raya lepas. Abang dan AF ikut abah pergi kedai. Jadi si Abang nih nak makan eskrem, jadi abah belikan, bila dah beli tu, bukan abang yang makan, si AF yang makan. Rasanya ini pertama kali AF makan eskrem kon pegang sendiri. Memang sangat comel bila tengok dia menjilat eskrem tu... hehehe tapi tak tak fikir pula nak ambil gambar.

Bila dah sampai rumah, si AH dan AN serbu laa si AF nih.. suka tengok bila si kakak menyuapkan eskrem kepada adik adik dia dan abang dia. Haa masa makan eskrem ni bolehlah dok diam, makan sama-sama, kalau tak langgar bahu sikit dan tarik-tarik rambut.. Pernah laa si AH tarik rambut adik dia AN sampai tercabut rambut.. tengok kat tangan dia banyak helai juga laa yang tercabut... apa lagi... meraung laa si AN tu... memang kena perhatikan diorang nih kalau bergaduh.. kalau tak habis rambut kerinting tu kena tarik huhuhu...






Ulasan

nyanyisunyi berkata…
nasb baik tak main tarik rambut...
si kembar gewam tgk rambut kembar2 nya...ekekekekeee...
aizamia3 berkata…
ada masa rasa boleh tarik nafas sekejap.. satu eskrem disyer bertiga.. wah comelnya.. nampaknya dak abangler kena mengalah..
mamafarah4 berkata…
wah bagusnya ler nak kongsi aiskrim.. kembar saya jgn harap nak kongsi2 ni. si adik la yg x suka kongsi2..semua nak sendiri dan banyak..alahai..macam2 perangai anak..
princessrayha berkata…
so sweet..baiknya kembar..

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!