Pagi pagi sudah stress!

As salam dan selamat pagi, Hari ni hari pertama aku pergi kerja kat tempat baru di Seremban. Konon konon nak keluar awal dari rumah, tapi lepas solat subuh, 6.25 am baru keluar.

Mengikut cakap orang yang jaga stesyen komuter kat aku minggu lepas, train ke Serembam setiap 20 minit, mula pukul 6 pagi. Jadi, aku bajet sempat laa naik train pukul 6.40 pagi punya. Haampeh!!! Bila aku sampai stesyen UKM ni, bayang train pun tak nampak. Err.. Aku sampai stesyen 6.40 gak.. Ada sorang mamat nih, tunggu awal dari aku, maksudnya aku belum terlepas train lah...

Tunggu punya tunggu dari hari gelap sampai ke cerah, orang yang menghala ke KL dan 3 kali train sampai, train ke Seremban tak sampai sampai lagi... Stress aku pagi pagi nih! Train sampai 7.20 pagi tadi..

Hari pertama masuk kerja dah lambat... Huhuhu... Ermm... Esok kena keluar awal lagi kot!! Hadoihh... Ni kang sampai Seremban lebih kurang pukul 8 pagi. Nak jalan lagi dah 15 minit... Haishhh mencabar sungguh naik public transport nih... Tadi, nak jer naik motor ke Seremban tapi risau kena hujan pula... Huhuhu sabar sabar....

Jangan stress ye aku! Pujuk diri sendiri...

*************************

Pagi tadi sebelum keluar rumah, sempat laa peluk cium Amrafahan, dah rindu kat diorang! Harap mama kuat dan tabah nak hantar diorang pagi pagi pergi taska nanti... Sian pula kat mama, sebab tugas hantar dan ambil Amrafahan dah diambil mama. Harap dia tak stress macam aku nih...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Ulasan

Sharifah Nadzarah berkata…
assalam abah auni3...
x peh..berat sama dipikul ringan sama dijinjing...dah tanggungjawab sebagai ibu bapa utk menjaga amanah tuhan...ada hikmah tu..(alamk pjg lak komen sori ar)hihihihi
iyan shazlind berkata…
sabar2 bro, naik public transport mmg menguji kesabaran pun..tp jgn stress2...nanti balik umah ptg nanti mesti hilang stress dpt jumpa si abang + tiga adiknya tu :)
mamaNoriz berkata…
cian nye huszaini,

sabar la ek...

naik moto mmg cepat, cuma lagi mencabar apalagi klu hujan, atau tayar pancit...adehhhh...
Rai berkata…
siannya ko..aku pun dah merasa zaman pergi kerja jauh naik motor. hujan, tayar pancit semua rasa dah.. naik komuter pun dah merasa.. memang stress woo.. dah la kena keluar awal..ko banyak2 sabar..mcm2 cabaran nak cari rezeki..
Feizal berkata…
dugaan smua tu bro...insyallah allah akn stiasa mpermudahkan urusan hamba2nya yg sabar...
hanyzaini berkata…
setuju dengan faizal...fikirkan hikmah yang Allah bg di sebalik dugaan ni.. untuk menjadi lebih BERSABAR, bukan asyik merungut n mengeluh... perbanyakkan SABAR di bulan yang mulia ini..dan bertterusan hendaknya...amin..
[n a j e e b] berkata…
...LIKE je statement kak Hany..

yang benar,

Penyokong Tegar.

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!