Geng Kembar berkumpul lagi!

Assamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini dalam sejarah untuk Kelab Kembar Malaysia. Lebih kurang 45 keluarga kembar berkumpul di rumah salah seorang geng kembar di Seksyen 20 Shah Alam. Ini kerana Tuan rumah Eida buat majlis aqiqah dan sambutan hari jadi untuk anak kembarnya. Tuan rumah sendiri mempunyai 2 pasang kembar, kembar pertama lelaki kembar kedua lelaki dan perempuan. Yang menariknya majlis ni dihadiri oleh krem RTM dan pemberita dari suratkhabar Berita Harian Metro dan lain lain.

Geng Kembar berkonvoi lebih kurang 30 biji kereta dari Stadium Shah Alam ke rumah majlis. Ada juga yang dah sampai dulu ke rumah majlis dan ada juga yang terlambat sampai. Walaupun keaadaan hujan lebat tapi majlis tetap meriah. Sekali tengok dah macam kenduri kahwin pun ada.. Punyalah ramai orang...

Kami semua dijamu dengan lauk masakan kampung dan kambing golek!! Terbaiklah tuan rumah!!

Mungkin esok atau lusa akan keluar berita pasal geng Kembar ni di dada akhbar. TV pula akan keluar di rancangan Selamat Pagi Malaysia mungkin hujung minggu ni. Err.. Nanti kalau dah kompom aku beritahu korang yer!

Untuk gambar aku ada sekeping jer ambil guna kamera tipon nih, lain dalam bentuk video dan ada sikit foto ambil guna video cam.

Insyaallah dilain entri aku sertakan gambar banyak banyak. Gambar diatas nampak 2 3 kerat jer.. Yang lain sibuk dengan anak masing masing hehehe

Ulasan

~: nisa :~ berkata…
syabas tuan presiden.... terbaikkkk
Mama Kembar Tiga berkata…
bestnya tgk korang berkumpul camtu. ni rasa terkilan gak sbb tak dpt join, padahal dah semangat basuh tshirt geng kembar tu ready nak pakai pi sana. tp nak buat camna, anak sakit :-(
Tanpa Nama berkata…
ah mcm mana blh terlepas nie.. Jemput dlm fb ke?? adoila dah dekat sgt dgn rumah tue. kenapa blh tak tau nie... Erm takde rezeki.
Rosniena berkata…
wah seronoknya dapat berkumpul..dah dekat sgt dengan my house..adeh

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Resepi Air Cocktail AMRAFAHAN!

Awekku bagi badan sebagai hadiah!!