Bantulah keluarga kembar tiga nih!

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Sempena bulan yang mulia ini, besarlah harapan saya agar kita dapat memberi bantuan kepada keluarga kembar 3 ini. Bantuan boleh diberi dalam bentuk wang ringgit atau pun fizikal seperti susu dan lampin pakai buang.

Moga dengan usaha yang sedikit ini dapatlah kita membantu keluarga En. Mansor ini.

Bantuan boleh diberikan melalui,

Akaun Bank Islam En. Mansor Bin Ibrahim: 02-048-02-051121-2


Atau disalurkan terus ke

Alamat: Jalan Telekom, Kubang Rusa, Kampung Lalang, Mukim Siong, 09100 Baling, Kedah.

No HP: 013-4214573

Berita boleh baca disini
Sumber: Dibelenggu masalah kewangan

Mansor Ibrahim meriba Nurul Farisha dan Yusniza Yusof memangku Nurul Fasihah dan Nurul Farishah bersama Mohd. Adam Haikal di rumahnya di Kampung Kubang Rusa, Kampung Lalang, Baling, Kedah, semalam. – BERNAMA

Nota:
*Aku terpanggil untuk buat entri ini sebab aku sendiri merasa bagaimana susah senang nak membesarkan kembar 3 ni. Aku berharap dengan usaha yang kecil ini dapat membantu keluarga beliau menyara dan menjaga anak-anaknya dengan sempurna. InsyaAllah.

**No. akaun, alamat dan no telefon adalah hasil usaha sahabat sahabat saya di Kelab Kembar Malaysia. Moga aktiviti kemasyarakatan seperti ini menjadi agenda utama kelab kami. Kami juga ada mengadakan kutipan sesama ahli untuk disalurkan kepada keluarga ini. InsyaAllah setiap bantuan yang dihulurkan diberikan pahala yang banyak oleh Allah SWT. Amin..

***Harap perkara baik seperti ini dapat disebar-sebarkan. InsyaAllah

**************************

Berita dari Utusan Online

ARKIB : 17/08/2011

Dibelenggu masalah kewangan


BALING 16 Ogos — Sepasang suami isteri dari Kampung Kubang Rusa, Kampung Lalang di sini berhadapan dengan keperitan hidup untuk membesarkan tiga bayi kembar perempuan mereka yang kini berusia tiga bulan.

Bayi kembar tiga itu, Nurul Fasihah, Nurul Farishah, dan Nurul Farisha Mansor memerlukan sekurang-kurangnya 15 helai lampin pakai buang dalam sehari.

Mereka juga memerlukan susu botol sekurang-kurangnya enam hingga tujuh botol sehari. Dalam seminggu seberat 1.8 kg susu tepung bayi diperlukan.

Bapa bayi berkenaan Mansor Ibrahim, 44, seorang pemandu lori kayu getah secara sambilan sejak beberapa bulan ini hanya mampu memperoleh pendapatan RM400 sebulan manakala isterinya, Yusniza Yusuf, 37, tidak bekerja.

Mansor berkata, dengan pendapatan sebanyak itulah dia menyara keluarganya termasuk membesarkan anak sulung mereka Mohd. Adam Haikal, 3, dan terpaksa menumpang di rumah ibunya Esah Tahir, 73.

Katanya, paling menyedihkan, dia tidak dapat menyediakan persiapan untuk Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang.

Bagi meringankan beban yang ditanggung ketika ini, Mansor sudah pun membuat permohonan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Baling, tetapi masih menunggu permohonannya diluluskan.

Ketika ini, keluarga itu tidak menerima sebarang bantuan daripada mana-mana pihak.

Sementara itu, Pengarah JKM Kedah, Zulkifli Ramli ketika dihubungi berkata, kes permohonan Mansor akan diberi parhatian segera. – BERNAMA

Ulasan

Feizal berkata…
thanks bro 4 info...insyallah,murah rezki depa raya kali nih...insyallah...
Mama Kembar Tiga berkata…
sedih sangat bila dpt tau ttg family ni, tatau camna dia handle dgn hanyar rm400 a mth. and sedih bila dia kata tak dak preparation apa untuk raya ni, sian terbayang kan anak anak dia.
mama copy to my blog gak yer.
NorrShakor berkata…
minta copy masuk dlm blog ye.. siannya ler kan.. x per..ada la rezeki utk mereka anak beranak .. Mudah2an rezeki AMRAFAHAN pun murah juga sebab tolong sebarkan info ni.TQ
aizamia3 berkata…
moga mereka dapat bantuan dalam menguruskan kembar tersebut.. insyaAlah..
admin berkata…
Salam,

Kami dari NGO PEMBELA (www.pembelasp.blogspot.com).

Baru baru ni kami ada melawat keluarga terbabit.

Sila layari sini untuk maklumat lanjut: http://pembelasp.blogspot.com/2011/08/misi-bantuan-bayi-kembar-3-keluarga.html

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Resepi Air Cocktail AMRAFAHAN!

Awekku bagi badan sebagai hadiah!!