Wad NICU Putrajaya
Sambungan dari post yang lepas (klik sini).
Selepas jumpa wife, aku pun nak pergi tengok anak, sampai kat NICU.. Maaf Encik... tak boleh masuk lagi, doktor tengah buat prosedur... haduih... lama lagi ke? Maybe lepas maghrib baru boleh...
Sedih aku... risau pun ada.... doktor ni buat apa? yelah aku mana tau benda apa doktor-doktor ni buat kat anak aku... dalam hati aku berdoa agar dipermudahkan segalanya...
Tunggu punya tunggu... maghrib pun tak boleh masuk lagi... hadoi... aku dah risau nih... yelah... lahir tak cukup bulan... lagi 2 hari nak cukup 8 bulan... sebelum bersalin lagi, Doktor dah beritahu dan pesan macam-macam pasal kelahiran kembar tak cukup bulan ni... risau bangat nih!! Masa Aqil dulu tak macam ni... Aku berdoa pada Allah agar permudahkan segalanya, beri aku kekuatan untuk hadapi dugaan ni... macam-macam aku fikir, kritikal ke ok ke?!! hadoi... tak tenang jiwa selagi tak dapat tengok...
Setelah menunggu agak lama, barulah aku dibenarkan masuk... rasanya hampir jam 10 ke jam 11 baru dibenarkan masuk... Masuk wad nicu tu aku tercangak-cangak... yelah.. mana pernah masuk sebelum ni.. mula-mula kena pakai apron dulu, pastu ke cuci tangan... pakai selipar wad barulah boleh tengok diorang... sampai kat kaunter nurse, aku tanya mana anak aku... nurse jawab.. tuuu... berderet 3 tu...
Sebak hati bila aku tengok anak aku... penuh dengan wayar dan saluran kat seluruh badan diorang... kat hidung, kat mulut, kat kaki, kat tangan dan kat pusat... longlai aku tengok diorang... menangis aku... tapi aku kuatkan semangat jumpa diorang... masa tu aku belum ada nama yang tetap untuk kembar aku... aku panggil sayang jer... semua aku panggil sayang...
Aku pergi kat seorang demi seorang... aku pergi kat yang pertama (Auni Faqihah), aku tegur dia, beri salam, iqamah kan dia... bacakan Al-Fatihah dan 3 Qul kat dia... doakan dia supaya cepat sihat cepat naik berat, cepat jumpa abah mama dan abang aqil... tapi aku tak boleh sentuh diorang... diorang diletakkan didalam balang, aku buat benda yang sama kat ketiga-tiga auni, bergilir-gilir... korang bayangkan betapa kecilnya diorang.. pada masa tu besar lagi ibu jari tangan aku dari tapak kaki diorang... jari-jari lagi laa... dengan kecilnya dorang masa tu, dengan wayar-wayar satu badan... hati mana tak sedih... untuk pengetahuan korang, berat masa lahir cuma 1.3 kg (AF), 1.2 kg (AH) 1.0 kg (AN)...
Aku buat benda yang sama setiap hari selama 46 hari diorang didalam wad, sampai laa berat diorang naik ke 2.0 kg. Aku tengok sendiri perkembangan diorang semasa dalam wad nicu, aku seronok... setiap hari waktu rehat tak sabar nak pegi tengok dorang kat nicu...
Alhamdullillah setelah 46 hari menunggu dan berat diorang naik ke 2.0 setiap seorang... barulah auni auni auni dibenarkan keluar... gambar semasa nak keluar wad boleh tengok kat sini.
Kat bawah nih gambar sebelum keluar wad, bagi susu dulu... sampai tertidur la aku...

Ni lah Auni... hehehe... auni ke berapa saya tak ingat... |
Mama pegang Auni, abah pun pegang Auni |
Sampai tertidur la kat dalam bilik menyusu ni.. |
Ni lah Auni jugak... heheheh... |
Hahh... 1st kat rumah... kena susun ikut aturan, sebab mama dan abah tak cam lagi... kekeke |
Ulasan
tapi abg husz & qife sgt lucky dikurniakan kembo 3,tak ramai dapat..
seme syomelsss.kiss for ur auni's yeh :D
comelnye triplets ni. muka semuanya seiras kan? seronoknye dpt kembar.
p/s: salam perkenalan jugak. 1st time singgah sini.
Sue: salam perkenalan.. haah muka seiras... sampai sekarang laa saya masih terkompius kadang-kadang salah panggil nama diorang... mama dia jeling jer.. kekeke....
anugerah Allah
tula kan selalu mak mak je citer :D
btw abg huszaini nie BFF abar ipar yat.ehehe.
Mb: terima kasih terima kasih terima kasih!
tt: Alhamdullillah