Jantung Berlubang!

Ni kisah sebelumnya... klik sini

Masa hari nak keluar wad nicu aritu... doktor ada laa bagi surat dan borang-borang untuk diisi. Belek punya belek ada laa satu surat ni tulis IJN. Apa lagi... hati ni dup dap dup dap laa.. punya laa berdebar-debar... apa pula ni?!! Ya Allah kuatkan semangat aku!!

Aku: Err.. doktor ni  surat apa?
Doktor: Oh.. ni surat nak bawa pergi IJN (Institut Jantung Negara). Macam ni, anak encik twin no 2 ni kita syaki ada masalah jantung berlubang... Encik bawa pergi IJN untuk comfirm balik.
A: Ya Allah...
(nak menangis pun ada... dah la duduk dalam nicu kena pasang segala macam mak nenek... pastu dapat tau berita ni pula!)
D: Encik jangan risau, biasanya lubang ni akan tertutup sendiri selewat-lewatnya umur dia 2 tahun...
(Aku dah ketar.. lemah... banyak betul dugaan... Ya Allah Kau berikanlah aku kekuatan untuk hadapi ujian Mu ini)
Mama masa ni muka dah lain dah... huhuhu...
D: Ini ada apointment dengan IJN bulan 2 nanti.
A: Ok. Nanti bawak surat ni terus tunjuk kat sana la?
D: Haah... Ok kalau encik nampak muka anak biru ke pucat ke cepat-cepat terus bawa ke hospital ya...
A: Ok. (Dalam hati aku berdoa... jangan la jadi macam tu...)

Tengok muka anak aku, aku kena kuatkan semangat.. aku tak boleh lemah... kalau aku lemah macam mana pula diorang?! Tapi dalam hati siapa yang tau kan?!

Lepas dapat surat dan isi borang kami pun bawa la balik auni auni auni..
Alhamdullilah semasa dibawah jagaan kami, Auni Haziqah tak pernah pucat atau muka biru ke... Masa ni wife aku ambil cuti sambung cuti bersalin lagi 3 bulan...

Bulan 2/2010
Hari nak pergi IJN ni aku dan wife ambil cuti. Sepanjang perjalanan pagi tu ke IJN aku tak berhenti berdoa agar kesihatan AH semakin ok.
Sampai je kami kat IJN kami pergi ke kaunter untuk pendaftaran... aku pergi je lah kat kaunter yang aku jumpa.. orang kat kaunter tu cakap bukan kat sini encik.. kanak-kanak sebelah sana... lalu ada la staff IJN bawa kami ke bahagian kanak-kanak...
Lepas daftar.. kami pun tunggu laa sampai doktor panggil...

Bilik Doktor: Auni Haziqah!!! sila masuk bilik xx... (hehehe tak ingat bilik bape!)
A: (Dalam hati pergh!! Sejuk gila dalam bilik ni!!)
Doktor IJN: Encik, baringkan anak di katil ni.

Lalu doktor pun buat la kerja dia.. (AH masa ni menangis.. sejuk agaknya.. kena buka baju dia..)

DIJN: Ermm... ada 2 lubang ni kat jantung dia... Ermm... tapi kecil je lubang dia.. biasanya dalam kes macam ni, lubang ni akan tertutup sendiri... yang satu lagi ni kecik sangat.. tak berapa clear sebab anak menangis... encik dengan isteri jangan risau... Biasanya akan ambil masa paling lama 2 tahun untuk lubang jantung tu tertutup sendiri. Saya tengok dia sihat aktif jer.. Encik jangan risau ya...
A: Ok. InsyaAllah... minta-minta la lubang tu boleh tutup sendiri.
DIJN: Ok kalau encik tengok muka anak encik ni pucat ke bibir biru, encik cepat-cepat la bawa ke sini. Ok, nanti datang balik bulan 6 ya..
A: Ok terima kasih doktor

Aku rasa lega sikit.. tapi terkejut ada 2 lubang sebenarnya... Harap-harap next appointment nanti semuanya ok...
Pastu kami pun balik...

Mama: Abang, kita cari stroller untuk diorang nak?
Aku: Ok! Nak cari kat mana?
Mama: Entah... cari je lah kat mana-mana..

Haa... ni dah masuk cerita stroller pula! Ni masuk episod lain la... hehehe... aku nak habiskan cerita jantung berlubang ni..

Bulan 6/2010
Hari ni kami pergi lagi IJN berempat dengan si abang Aqil, terus daftar kat bahagian kanak-kanak... hehehe... tak silap kaunter lagi dah...
Tunggu punya tunggu.... lama betul kali ni punya apointment kena tunggu... aku melayan si abang main kat playground kat IJN tu.. mama tunggu dipanggil doktor...
Lepas dipanggil masuk bilik, doktor pun check laa AH...

DIJN: Ok encik... lubang kat jantung dia dah tutup... dah takde apa-apa dah...
A: Alhamdullillah.... syukur... (aku dengan wife happy masa tuh!! dengar berita gembira tu!!)
DIJN: So, encik tak perlu datang lagi la ke IJN. Cuma kalau muka anak pucat biru... cepat-cepat bawa pergi hospital..
A: OK terima kasih doktor... Lega rasanya....

Pada hari ni, hari yang paling happy untuk kami... AH dah takde jantung berlubang lagi... Alhamdullilah syukur ke hadrat Allah!

Aku berharap anak aku Auni Haziqah akan terus sihat dan besar dengan normal! Amin...

Dari kiri AF, AH, AN err... mama betul ke?
Fail betul la aku nak cam gambar Auni auni auni ni... kalau tengok live bolehlah kenal!! hadooii yaii!!! hehehe

Ulasan

hanyzaini berkata…
dari kiri ke kanan ikut susunan dah..
Mama Kembar 3 berkata…
syukur AH sihat & moga tiga tiga Auni akan membesar dgn sehat setiap masa, Amin. Btw, sama lah kes ngan si kembar mama yg paling kecik, si Fauzi. Masa umur dia 3 bln detected 1 lubang kecil kat jantung & doc cakap the same thing, InsyaAllah leh tutup sendiri & monitor je if dia sehat tak dak apa means no problem. Alhamdulillah so far tak dak tanda tanda penyakit tu dah, tp mama blum bawak pi follow up lagik.
izyan_5025 berkata…
alhamdulillah AH da xde jantung berlubang..kalau x,pilu rsenye~~ huhu
Miss Yaty berkata…
syukur alhamdulillah..semoga AH sekeluarga sihat dan bahagia ke akhir hayat..amiin :)

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!