Catatan

Tiupan Ajaib! Hembusan Misteri!

Betul! Memang terjadi betul-betul! Abah pun tak sangka! Hehehe. Tau tak korang apa dia tiupan ajaib? Ok, Abah bagi situasi. si Adik kaki dia sakit terlanggar benda. Lepas tu dapat nangis-nangis mengadu kat Abah sakit kaki... Abah amik kaki dia tu, gosok sikit-sikit lepas tu baca bismillah lepas tu tiup! Hehehe Tiba-tiba jer si Adik boleh berenti menangis! Haaa.... dah tak sakit dah! Ajaib kan!! Hebat tak Abah?!!! Hehehe Si Angah mengadu sakit mata, gatal-gatal. Abah pun tengok mata dia, baca bismillah sikit lepas tu tiup terus baik! Hilang gatal! Kejap jer.. lepas dia main kejap dia datang balik mengadu gatal. Tiup balik! Hembus laa pelan-pelan! Lepas tu terus ok! Hehehe kan ajaib kan!!! Si Kakak mengadu sakit kepala terhantuk, menangis tak berenti-renti! Abah datang pujuk gosok-gosok kepala lepas tu tiup err.. hembus kuat-kuat! Lepas berapa ketika terus diam! Dah sihat dah kepala dia! Hehehe Hebat tak?! Hebat tak Abah?! Sebenarnya anak-anak tu nak perhatian kita, kadang-kadang...

BAHAYA AIR MASAK KEPADA BAYI BAWAH 6 BULAN

Imej
Abah nak share dengan korang! Selalu Abah baca pasal nih kat Klinik Kesihatan. Alang-alang ada artikel Abah share jerlah... Cuma Abah ada kekompiusan sikit??!!!! Air zam-zam macam mana pula? Pendapat Abah, Air zam-zam itu sangat bagus tapi mungkin bukan diberi sebotol cukuplah sekadar disapukan pada bibir dan langit-langit bayi itu berserta doa. Lain orang lain pendapat yer... Selepas umur bayi tu enam bulan barulah boleh diberikan, sebab pada Abah susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi! ******************************** Gambar ihsan dari Google BAHAYA AIR MASAK KEPADA BAYI BAWAH 6 BULAN Walaupun dah berkali2 di igtkan jgn beri bayi bawah 6 bulan minum air masak, namun masih ada ibu bapa yg masih amalkan beri air masak pd bayi mereka. Antara sbb desakan orang tua, nak kasi kuning si anak cepat baik, bilas tekak anak lepas minum susu, supaya anak senang buang air etc. Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya & yang menyusu formula. Semoga inf...

Penyakit SAT menyerang utara tanahair!

Assalammualaikum dan selamat petang! Tahukah korang penyakit SAT sekarang nih tersebar luas di utara tanahair??!!! Ramai yang dah terkena penyakit nih! Jangkitan dia cepat sangat merebak!! Baru-baru nih kami sekeluarga balik kampung Mama di Penang, AMRAFAHAN terkena penyakit SAT nih! Alhamdullillah AMR AH AN dah baik! Kejap jer jangkitan dia tak lama!! Cuma si Kakak aka AF jer belum baik-baik lagi! AMR AH AN terkena masa duduk kat Penang hari tu! Tapi penyakit si Kakak sampai ke hari ni tak hilang-hilang!! Tanda-tanda penyakit SAT kat Kakak..

Macam nih lah agaknya nanti!

Imej
Macam nih lah agaknya nanti kalau si Auni Auni Auni bersekolah! hehehe takleh nak bayangkan macam mana nanti! Boleh ker duduk diam-diam, sebab sekarang nih kalau nak ambil gambar sekali memang payah lahh! tu pun kena umpan baru boleh diam! huhuhu Tarikan kembar tiga BALING: Kehadiran tiga beradik kembar perempuan yang mendaftar sebagai murid tahun satu Sekolah Kebangsaan (SK) Tunku Putera, di sini, semalam menimbulkan keceriaan kepada warga sekolah itu sekali gus mencatat sejarah. Tiga beradik iaitu Norain Nabiha, Norain Najihah dan Norain Nasuha Nasir, 7, dari Kampung Telok Pendiat, Pulau, dekat sini, ternyata mencuit perasaan rakan lain dan guru sekolah dengan aksi dan gelagat tersendiri mereka. Ibu mereka, Normah Ahmad, 40, berkata ketiga-tiga anak kembarnya bangun seawal jam 6 pagi dengan berpakaian sekolah baru kerana begitu teruja memasuki alam persekolahan. Menurutnya, mereka juga bersiap sedia dengan pakaian dan beg sekolah serta buku yang disusun sejak malam kelm...

Pungkoq!

Kelmarin masa kat rumah Opah, Mama marahlah si Kakak ni sebab berlari-lari keliling rumah Opah. Mama cakap kat Kakak.. Mama: "Kakak! Jangan lari-lari! Tampaq pungkoq tu kang!! Si Kakak berhenti berlari, sambil buat mata besar jawab pertanyaan Mama. Kakak: "Pungkoq tu apaaaa???!!!!" Hahahaha kami yang ramai-ramai masa tu terus tergelak dengan jawapan si Kakak!! Lawak sungguh laa si Kakak nih!!! hahaha Mama tensen jer! kekeke Tak jadi nak marah!! Nota Kaki Abah: Klik kat logo instagram sebelah kanan atas ni untuk tengok gambar AMRAFAHAN! hehehe

Tahun baru datang lagi!

Selamat Tahun Baru 2013! Moga semua azam tahun lepas terlaksana, kalau tak, bawa ke tahun nih tambah dengan azam yang baru! Moga tahun baru nih membawa rezeki, kesihatan dll yang lebih baik kepada kami sekeluarga dan korang jugak! Err.. nak tengok gambar terbaru AMRAFAHAN klik kat link instagram sebelah kanan atas nih! Boleh follow Abah jika sudi! Terima kasih!

Tunjuk bontot!

Abah perasan sejak seminggu dua ni, si Kakak perangai lawak dia yang ntahapahapantah!! Pagi ni dia buat lagi! Lepas Abah mandikan Kakak, Angah dan Adik, lepas lap badan depan pintu bilik air yang terbuka tu, tiba-tiba dia menonggeng tunjuk bontot dia kat Mama, Umi, Acu dan Opah (meja makan dekat dengan bilik air, diorang tengah sarapan masa tu. Ehh! Kami kat rumah opah kat Penang! ) sambil cakap yeyyey kakak dah mandi! Kakak dah mandi! Dengan muka comel dia tu! Huihh menjerit laa semua orang kat situ! Kakak! Kakak! Ikut perangai sapa lah agaknya yer!? Nak bitau korang ni, Err... Abah dulu kecik kecik baik tau! He he he