Catatan

Bekdonal!!

Imej
Hari ni mama kena kerja obertaim!! Jadi abah kena laa jaga AMRAFAHAN... Err... Hari hari pun jaga apa.. Sebenarnya dah banyak hari janji dengan abang nak bawa dia ke taman permainan. Tak jauh pun, belakang rumah jer.. Tapi asyik hujan pastu basah, kalau tak hujan panas sangat laa pula.. Pikir punya pikir nak bawa laa ke taman permainan kat alamanda sebelah parkson tu.. Tapi macam besar sangat, jenuh nak kawal. Pastu terfikir taman dalam bekdonal kat bangi nih! Haaa terus pergi laa dengan AMRAFAHAN. Abah pun senang nak kawal dan MAKAN! Hehehe

AMRAFAHAN comel ke abah comel?

Imej
Hak hak hak!! Hari ni abah MC sebab jumpa doktor untuk check batu karang. Kebetulan AMRAFAHAN cuti seminggu sebab taska tutup kerana ada kes jangkitan kaki tangan dan mulut. Pagi mama jaga diorang, petang abah pula jaga, mama kena pergi kerja. Sebelum mama pergi kerja, minta dia snap gambar abah dengan AMRAFAHAN. Mula mula AF jer yang baring dekat abah, pastu AH pula, bila tengok kakak kakak dia baring dekat abah, si AN pun nak baring sama. Kena laa minta tolong sama mama untuk letak AN kat tengah tengah tu.. Si Abang memang dah baring kat situ. Tu yang minta mama amik gambar tuh! Tapi bila tengok gambar, abah dia yang excited sangat! AMRAFAHAN rileks jer.. Siap mata tengok kot lain lagi huhuhu... Sekarang nih dalam cobaan nak tidurkan diorang, tapi macam takmo tidur jer nih... Siap lompat lompat lagi nih... Huhuhu

Tutti tuttttttt!!!!

Imej
Mengetest kedai baru buka kat presint diplomatik nih... Sangat dekat dengan rumah AMRAFAHAN. Sedap dan yang bestnya boleh buat sendiri ramuan yang korang suka! Pastu bayor jer! RM0.53/10 gram. Haa kira laa sendiri... Kalau korang amik seberkas penuh macam dalam gambar nih... Err... Ni pertama kali masuk kedai eskem camnih... Tu yang jakun sikit hehehe...

Close up!

Imej
Uwekkk!!!

Kesabaran aku teruji lagi!!

Minggu nih aku ada kursus 4 hari kat PD. Pagi tadi pergi opis macam biasa. Aku letak motor kat opis sebab pergi PD aku tumpang kereta budak opis. Balik dari kursus tu hujan renyai renyai. Member aku drop aku kat opis aku pun pergi solat asar dulu sementara tunggu hujan berhenti. Lepas solat tu hujan dah reda, aku gerak balik. Harapan aku takde laa jadi apa apa selamat pergi dan balik. Bila aku sampai nak exit tol Seremban ke KL motor aku dah melelong dah... Alahai.. Pancit lagi... Disebabkan hujan renyai aku malas nak tukar tiub sendiri, aku bawa jer motor aku ke bengkel yang dekat dekat sini... Huhuhu bengkel yang buat aku bengkak tapi takde pilihan.. Disebabkan aku panas hati dengan tayar motor nih asyik pancit jer.. Aku tukar tayar tubeless dengan bubuh ubat tayar. Mekanik tu kata boleh tahan sampai tayar botak.. Harap harap macam tulah... Lepas tukar tayar tu, aku minta budak mekanik tu adjust tapet motor sebab kuat sangat bunyinya... Bila dia dah adjust tu, jadi laa senyap balik...

Video Kelab Kembar Malaysia di TV1

Video ni direkod oleh salah seorang member kelab iaitu Pn Sharifah guna astro beyond. Tapi tak tau cara nak transfer ke external Hard Disk. Jadi dia rekod guna video cam jer.. Oleh sebab itu suara tak berapa clear sangat. Video ni diambil ketika ahli Kelab Kembar Malaysia berkumpul disalah seorang ahli yang membuat majlis akikah dan sambutan hari jadi untuk anak anak kembar nya. Untuk pengetahuan korang, tuan rumah nih ada 2 pasang kembar. Kembar pertama lelaki dan kembar kedua lelaki dan perempuan. Pihak RTM telah sudi datang dan merakamkan aksi kembar di majlis tersebut untuk rancangan Selamat Pagi Malaysia pada hari jumaat minggu lepas. (7 Okt 2011) Berita lanjut boleh baca disini

Nasib tak maut!!

Imej
Sekarang aku kat tepi highway. Motor kena paku, berkilat lagi paku tu! Entahlah! Ada orang tabur or sejak azali ada kat jalan nih.. Kebetulan masa aku tengah repair ada moto lain pun pancit juga.. Nasib aku aku tiub lebih, itupun untuk tayar depan, tapi dah emergency belasah laa juga untuk tayar belakang... Tadi nasib aku tak tergolek jatuh sebab angin tiub terus takde tiba tiba, menggelepor kiri kanan aku tadi...Aku hanya mampu kawal motor dari terus tergolek sambil sebut nama Allah. Kalau tergolek tadi entah mati entah hidup agaknya... Lori boleh tahan banyak dan laju... Alhamdullillah Allah beri keizinan pada aku untuk bernafas lagi... Terima kasih Allah