Sumbangan untuk Rumah Amal Limpahan Kasih sempena Majlis Iftar


Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Seperti yang Abah beritau sebelum ini, Kelab Kembar Malaysia (KKM) akan mengadakan sambutan berbuka puasa dengan anak yatim, jadi kat sini Abah sertakan butirannya.

*******

Sukacitanya dimaklumkan bahawa AJK KKM semua sebulat suara telah bersetuju untuk mengadakan satu majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dari RUMAH  AMAL LIMPAHAN KASIH (RALK), Puchong.

Alamat : Lot 115A, Lorong Bistari 3, Kg Seri Aman, Batu 13, 47100 Puchong, Selangor.
No tel : 03-8061 8050.
Tarikh : 29 Julai 2012
Masa : 4 Petang

Dengan itu, saya selaku wakil dari KKM dengan rendah hati ingin meminta jasa baik sahabat-sahabat sekalian untuk menghulur sedikit sumbangan dan meluangkan waktu untuk bersama-sama menjayakan majlis yang julung-julung kali diadakan ini.

Kepada para Penaja yang tidak dapat turut serta, anda boleh menyumbangkan apa jua barangan untuk didermakan kepada RALK. Sumbangan dalam bentuk fizikal seperti biskut raya, kurma, telekong, kain pelekat, sejadah dan sebagainya juga amatlah dialu-alukan. Kesemua sumbangan akan diserahkan sepenuhnya kepada RALK.



SEGALA SUMBANGAN KEWANGAN BOLEH DIMASUKKAN KE DALAM AKAUN...




Kelab Pasangan Kembar Malaysia
No. akaun CIMB: 1264 0004 3990 56

Harap dapat emailkan / sms butiran transaksi kepada

email: bendahari@kelabkembarmalaysia.my

no hp: 019 932 6100 (Iskandar - Bendahari KKM)




Bagi sumbangan berbentuk fizikal, boleh serahkan kepada AJK KKM seperti di bawah

Huszaini - 019 3783869 - Putrajaya dan sekitarnya
Faridah - 017-3276249 - Sungai Buloh dan sekitarnya
Siti Jawahir - 012-3189654 - Puchong dan sekitarnya
Shalwalawani - 019-2820942 - Cheras Selatan dan sekitarnya
Iskandar - 019-9326100 - Saujana Putra dan sekitarnya
Ira Razita - 012-3025963 - Selayang dan sekitarnya
Fazliani - 017-2718402 - Beranang dan sekitarnya
Ju jai - 012-2709901 - Serdang dan sekitarnya

Sumbangan boleh dihantar selewat-lewatnya 22 Julai 2012.

Para Penaja yang dapat hadir di mohon untuk memberi pengesahan kehadiran ke admin@kelabkembarmalaysia.my seperti berikut:-

Nama: __________________________
Jumlah dewasa yang hadir (termasuk diri sendiri): ____ Orang
Jumlah kanak-kanak yang hadir (12 tahun ke bawah): ____ Orang

Segala sumbangan anda semua didahulukan ucapan jutaan terima kasih. Jasa kalian hanya Allah yang mampu membalasnya.

Sekian terima kasih

Huszaini
(Wakil Kelab Kembar Malaysia)


Ulasan

UmmiAbi berkata…
Abah..kalau nak bagi keperluan harian seperti beras, gula, tepung etc bleh x?Then, kne antar kt abah kt Putrajaya ke?or kita tunggu kt mn2?
UmmiAbi berkata…
Oops,sory, bru pasan ade no. contact kawasan berdekatan..;)
@UmmiAbi Terima kasih Ummi! Moga dimurahkan rezeki Ummi sekeluarga
Rosniena berkata…
Insya Allah..semoga segala usaha murni ini diberkati dan dirahmati.Kalau takde aral nak join juga.

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Resepi Air Cocktail AMRAFAHAN!

Awekku bagi badan sebagai hadiah!!