Selamat Hari Jumaat!! Boleh tolong tak?!

Hari ini Abah tersibuk.. kekeke...tak sengaja sibuk.. Sempena hari baik bulan baik nih.. Abah nak kongsi dengan korang laa.. Suatu majlis yang baik..

InsyaAllah pada minggu kedua bulan Ramadhan, Kelab Kembar Malaysia akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-anak yatim dan Asnaf (anak fakir miskin) di Rumah Amal Limpahan Kasih (RALK), Puchong, tarikh belum ditetapkan lagi sebab masih menunggu pengesahan dari Pengetua RALK tersebut. Abah dah pun berjumpa dan menghantar surat permohonan kepada Setiausaha RALK Ustaz Usamah. InsyaAllah kalau tiada apa-apa halangan majlis ini dapat dilangsungkan.

Tujuannya lebih kepada mendekatkan ahli kelab dengan masyarakat disamping itu sedikit sebanyak dapat kita membantu mereka. Dari apa yang Abah sembang dengan Ustaz, perbelanjaan yang mereka perlukan lebih kurang RM30,000 sebulan untuk menampung segala keperluan anak-anak ini dan termasuk kos pengurusan. Alhamdullillah, RALK ini menerima sukarelawan yang sudi meringankan beban Ustaz dan Ustazah di RALK ini. Lebih kurang ada 40 orang penghuni termasuk lelaki dan perempuan dari sekecil umur 3 tahun hingga 17 tahun yang menginap disini.

Kepada mereka yang sudi membantu dengan mendermakan wang, pakaian terpakai  yang masih elok, dan lain-lain keperluan bolehlah berhubung dengan Abah melalui email abah: huszaini@kelabkembarmalaysia.my , ataupun berhubung terus dengan pihak RALK. Kalau melalui Abah, bolehlah Abah dan rakan-rakan salurkan terus semasa hari majlis tu berlangsung. InsyaAllah sumbangan korang akan sampai ke RALK.

Nanti apa-apa update atau info Abah akan beritau di blog ini, InsyaAllah.

Gambar RALK waktu malam sewaktu Abah berjumpa dengan Ustaz Usamah

Bahagian depan RALK

Dewan Makan

Ruang Solat









Maklumat lanjut boleh lihat disini
http://www.rumahamallimpahankasih.com/content.cfm
http://limpahankasih.blogspot.com/

Ulasan

AIN NAZRI berkata…
RALK ni dkt dgn umah ain

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Resepi Air Cocktail AMRAFAHAN!

Awekku bagi badan sebagai hadiah!!