Abah yang garang!

Semalam Abah bawa AMRAFAHAN jalan-jalan. Masa dalam kereta tu biasalah diorang akan main-main. Bila dah macam tu diorang leka main, kejap ke depan kejap ke belakang, sampai simpang Abah brek sebab nak belok, tiba-tiba Angah marah sebab dia tergolek dalam kereta, "Abah ni! Jangan laa buat Angah jatuh!" Tak pasal-pasal Abah kena marah! Hehehe
Bila dah macam tak terkawal masing-masing berebut mainan, konon-konon Abah nak marah laa! Abah cakap dengan AMRAFAHAN,
Abah: "Abah kira sampai 3, sapa tak duduk elok-elok, Abah gigit kaki dia!"
Abah: "Satuuu!! Duaaaaaaaaa!!!"
Saja laaa sebut panjang nak bagi depa duduk. Seorang pun tak duduk.  Tapi ada orang sambung lak kiraan Abah.
Kakak: "3, 4, 5 dah habis dah!!!" Dengan muka selamba sambil main mainan!
Adoihh!!! Tak jadi Abah marah! Terus Abah senyum sorang-sorang! Lantak laa korang! Mainlah! Abah tak marah! Hehehe

Ulasan

mamafarah4 berkata…
kene tukar tajuk la..bukan ABAH YANG GARANG tapi ABAH YANG KONON2 GARANG..hahaha
Mama Kembar 3 berkata…
hahaha! cute, camtu mmg terus tak jd nak marah hehe
SURIA AMANDA berkata…
seronok kan....tp tu la..kadang2 kembar ni boleh bikin bergoncang rumah..fikir balik xde dorang sunyi plak...twin adik i tu pun dah cukup pening dah nak jaga..

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!