Sakit!

Hari ni Abah tak update cerita Amrafahan. Otak blur! Huhuhu.

Pagi tadi tadi lepas Abah mandikan Kakak, Angah dan Adik, Abah bangun laa dari duduk kerusi kecil kat toilet tu. Tiba-tiba masa nak bangun terasa sakit kat pinggang sebelah kiri. Ingatkan tak de apa-apa jadi Abah terus laa bersiap nak pergi kerja. Masa angkat beg letak kat motor tu macam dah rasa sakit lagi. Tapi buat tak tau jer sebab nak pergi kerja dah lambat.

Masa dalam perjalanan ke opis tak de laa rasa sakit sebab menunduk sikit bawa motor tu. Bila dah sampai parking motor, lepas tu tongkatkan motor, sakit makin kuat, tapi lawan juga laa cuba tak berdiri tegak. Bila angkat jer beg dari box motor terus sakit kuat sangat sampai kena duduk mencangkung sebab nak bagi lega. Adoihh masa tu tak boleh tahan dah sakit tu, ada laa makcik cleaner tu nak tulun call ambulans, ehhh Abah kata tak payah, buka tak boleh bangun pun, cuma kena jalan tunduk sikit, tapi tak boleh bawa beg sekali sebab beg laptop Abah tu berat. Abah call member opis minta tolong bawa beg ke opis baru boleh jalan pelan-pelan.

Dalam opis Abah kena duduk bersandar baru tak sakit. Sepanjang hari terbaring jer! Pagi tadi kat opis ada meeting, jadi lepas Jumaat tadi baru member hantarkan ke klinik. Sampai klinik doktor suspek batu karang tapi lepas buat urine test, dia kata bukan batu karang cuma radang otot. Abah baru tau ada sakit nama radang otot nih. Doktor bagi ubat tahan sakit dengan ubat lawas kencing jer.

Huihh sakit dia boleh tahan juga tapi doktor tak bagi ubat sapu. Tak pelah janji ubat tahan sakit ada. Jenuh juga laa nak bawa motor dalam keadaan sakit ni. Harap-harap esok bangun tidur dah hilang sakit nih! Susah nak bergerak kalau macam ni! Huhuhu

Ulasan

Mama Kembar Tiga berkata…
abah, ntah ntah sakit pinggang/blakang cam my case hari tu. doc ckp muscle problem gak & suggest ambik supplements. so i ambik osteomatrik shaklee. Alhamdulillah berkesan & skarang dah jarang sgt skt blakang. if sakit pun rasa skit jer

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Resepi Air Cocktail AMRAFAHAN!

Awekku bagi badan sebagai hadiah!!