Isnin, 24 Disember 2012

Aktiviti AMRAFAHAN pada hari cuti!

Hari Sabtu lepas, Abah bawa AMRAFAHAN naik ERL, ini bukan kali pertama diorang naik tapi kali kedua kalau tak silap bezanya dulu naik masa kecil lagi agaknya tak faham apa-apa, tapi bila bawa masa sekarang nih diorang dah boleh ingat dan enjoy laa.

Pagi Sabtu tu dah keluar bersarapan ramai-ramai. Semua orang tak mandi lagi kecuali Abah! hahaha bocor rahsia Mama!! Pergi makan kat Medan Selera Seri Teja atau orang panggil Medan Payung sebab bentuk macam payung kat Presint 9, Putrajaya tu! Ada satu gerai roti canai Brother nih.. sedap dan garing roti dia! Tapi nak order kena ambil nombor giliran dulu! Masa Abah sampai tu dalam pukul 8 pagi giliran Abah yang ke 18, budak tu siap beritau kena tunggu dekat sejam baru dapat! Nak taknak kena juga laaa sebab dah sampai.

Masa makan tu macam biasa laa, segala jenis kekecohan akan berlaku! hehehehe. Tapi sebab Mama garang, Abah garang sikit! kekeke dapat laa kawal AMRAFAHAN!

Lepas tu balik rumah, bersiap-siap nak pergi kenduri kahwin member opis lama Abah, masa kat kenduri tiba-tiba kami jadi perhatian pula! Nasib masa nak balik baru deejay perasan, habis di beritau satu kenduri ada kembar 3! hehehe terglamour kejap Mama! Abah biasa-biasa ajer! ahakkk!!! kekeke

Masa kenduri pun sama, AMRAFAHAN akan buat sesuka hati diorang jer! hahaha! nak jadi tarzan tak boleh sebab kenduri orang! kang tak pasal-pasal orang suruh karaoke! Huhh! bende paling takut untuk Abah buat! nyanyi depan orang! phobia gitu! nanti orang suruh pergi stage lain pula sebab Abah baca lirik lagu! hahaha AMRAFAHAN nih makan nasi dengan ayam goreng sikit jer, kena paksa baru laa makan, lepas tu sibuk nak main tong air basuh tangan kat tempat kenduri tu! aduhaiii anak-anak!!!

Lepas kenduri baru kami tuju ke Putrajaya Sentral sebab nak naik ERL dari situ ke KLIA. Saja laa bawa diorang naik train, bagi kenangan kat diorang. Tapiiii!!! Dalam train tu pun diorang boleh main-main lagi! tak duduk diam! haisshhh... sabar jerlah!! Kena marah kejap jer baik! Pastu buat balik! haii lahh.. hehehe

Bila dah sampai KLIA tu, masing-masing tak nak pegang tangan Abah dan Mama walaupun dah pesan awal-awal! Berlari-lari kat KLIA tu macam taska yang sangat luas bagi diorang! hahaha... Abah nyaris kurus kejar diorang tau!! Nyaris laa.. tak kurus pun! hahaha

Lepas tu bawa laa ke Anjung Tinjau KLIA tu tengok kapal terbang! Elehh budak-budak nih.. mula-mula macam excited sangat laa nak tengok kapal terbang! Lepas tu tak heran dah! mana taknya kapal terbang tak bergerak statik jer! Ada laa sekor dua yang bergerak.. pastu statik balilk... kebetulan kat anjung tinjau tu luas, orang tak ramai. Berlari-lari diorang keliling situ!

Rezeki kembar agaknya, jumpa peminat kat situ. Ada satu keluarga tu dari Batu Pahat saja berjalan situ, diorang tengok heran sebab ada kembar, tiga lagi!! Siap nak bergambar sama! tapi apasal tah mood AMRAFAHAN hari tu, susah nak duduk sekali untuk bergambar! Sorang ke hulu sorang ke hilir! Sudahnya kena umpan sampul duit raya baru laa nak duduk diam! Baru dapat ambil gambar sekali! Itupun sebab masing-masing sibuk nak masukkan duit kertas dalam sampul raya tu! khusyuk sungguh! sampai tak pandang kamera! hehehehe

Lepas lepak kat Anjung Tinjau, lepak pula kat KFC Funland sebelah KFC KLIA tu. Hermm.. memang tempat diorang laa!!! Sakan main kat situ!! Agaknya lapar sangat sebab makan nasi kenduri sikit sangat, ayam KFC yang Abah beli licin kat diorang! Si kakak siap berulang-alik datang kat Mama minta suap dari Funland ke meja makan, tak laa jauh sangat sebelah jer meja yang kami duduk tuh!

Kami gerak balik dah nak maghrib, masuk jer ERL masing-masing dah layu, sampai Putrajaya Sentral masuk kereta masing-masing dah sangap, tidur terus! Sampai rumah Abah angkat diorang ke bilik terus tidur sampai esok pagi! hehehehe

Satu hari aktiviti yang penat bagi AMRAFAHAN! Si Angah siap terjaga mengadu kaki sakit (lenguh) hehehe! Sapu balm baru boleh lena, tapi Abah laa kena berjaga sebab Angah tak bagi Abah duduk! kena berdiri sambil dukung dia, dia tidur kat bahu Abah! huhuhu... agaknya tu pasal tangan Abah berketul-ketul.... Perut jer seketul! kekekeke

Gambar boleh tengok kat sini!
Aktiviti AMRAFAHAN hari Sabtu!






Tiada ulasan:

exabytes unlimited