Jumaat, 5 Oktober 2012

Solat kangkang!

Update blog sebelum pergi solat Jumaat. Bila Abah solat, biasanya ehh... selalunya si Kakak, Angah, Adik dan Abang akan turut serta sekali. Ermm.. bukan solat sekali, tapi sama-sama masuk bilik pastu main dalam bilik semasa Abah solat. Bukan selalu laa.. tapi boleh dikatakan setiap kali Abah nak solat kat rumah, mesti diorang akan turut serta sama.

Disebabkan banyak kali diorang ikut Abah, jadi akan banyak cerita laa jadi. Ada yang Abah ingat ada yang tak. Kadang-kadang macam tak kusyuk pula solat tu! huhuhu... sebenarnya susah tau nak kusyuk dalam solat.. Kita rasa macam dah kusyuk tapi Allah lebih tau kan?!! Err.. sambung balik. Nak kusyuk dalam solat kena tanya orang yang lebih arif. Abah tak arif kang salah lak info.. tak pasal-pasal berdosa... Ehh!.. sambung balik, ada sekali tu, masa Abah tengah solat ni, tengah baca surah laa. si Auni Auni Auni aka Kakak Angah Adik ini main laa berlari-lari dari satu bilik ke bilik pastu pusing-pusing keliling Abah. Entah macam mana salah seorang tu boleh merangkak masuk bawah kelangkang Abah. Dahlah  masa tu Abah pakai kain pelikat SAHAJA! huhuhu... terpaksa buka kaki sikit bagi diorang lalu, nasib laa diorang tak tengok atas masa merangkak tu! Hadoihh laaa.... Bila sorang dah buat, yang lagi 2 pun ikut sama laa! Jadi macam acara pertandingan lalu bawah kain pelikat Abah jer masa tuh! Cepat-cepat Abah rukuk dan sujud. Kang ada yang ketawa masa solat tuh! Hadoihh laaa.. hehehe

Ermm.. ada sekali tu, masa Abah tengah solat berkain pelikat sahaja!!, diorang boleh pula nak tarik kain Abah! Pehhh!! Nasib gulungan kain pelikat itu kukuh dan kemas! Kalau tidakkk?!!! Haisshhh...


Nota Kaki Abah:
Moral kejadian kenalah pakai seluar kecik kalau solat pakai kain pelikat!
Err... tapi Abah tak suka laa rimas! hak! hak! hakk!!!

6 ulasan:

aizamia3 berkata...

hahaha.. kelakar entry ni.. ;)

SURIA AMANDA berkata...

hihihi....x mo byg...hahahahaha

Sharifah SM2 berkata...

HIHIHI BACA SAMBIL GELAK

mamafarah4 berkata...

dush!dush! abah ni wat enty pecah perut plak nak gelak..tak nak bayang tapi terbayang gak..tergelak2 sy ketawa ni..

[n a j e e b] berkata...

kalau tak????
.
.
.
.
.
.
...terbang la burung abah~~~
lalalalalala~~~

Huszaini Haron berkata...

Lucah aaa korang! Jangan laa bayangkan! kekekeeke!!!!

Jib: Jib, burung kekal disangkarnya!! hahaha

exabytes unlimited