Kerepek Pisang Sumbat!

Haa.. ini resipi terbaru ciptaan anak anak Abah iaitu Auni Auni Auni. Senang jer buatnya... lebih kurang macam buat tahu sumbat tu!!

Mula-mula nak buat resipi ni kena pastikan Abah tidur nyenyak.. lagi elok masa tu abah tengah demam.. Pastikan juga Abah tidur sambil mulut ternganga.. Hehehe.. takdelah... nak cerita pasal benda lain... Ceritanya macam ni, masa tu abah tengah demam dan tidur sepanjang hari, lepas tu datang laa tentera-tentera kecil nih nak kejutkan abah bangun. Agaknya masa abah tidur tu mulut ternganga.. diorang nih tengah makan kerepek pisang masa tu.. Mula-mula tu abah tak tau siapa yang mulakan dulu sumbat kerepek dalam mulut abah tu.. Lepas tu Abah terjaga laa.. tapi pejamkan mata, saja layan diorang.. kerepek yang disumbat tu Abah kunyah dan telan laa.. Haa.. lepas tu empat-empat orang budak kecil tu sumbat kerepek dalam mulut abah.. huhuhu penuh terus mulut abah.. hadoihh... terus abah  buka mata... mau mati tercekik kang nih!!! Si Abang, Kakak dengan Angah terus lari laa.. tinggal si Adik jer.. si Adik dengan rasa tak bersalah terus sumbatkan lagi kerepek pisang dalam mulut abah. Si Adik ni memang suka suapkan abah makan.. biasanya kalau dia makan biskut ke baki biskut yang tak habis tu disumbat dalam mulut abah.. paksa makan! Selagi abah tak makan selagi tu dia paksa.. huhuhu sian abah.. hehehe. Bila adik dah paksa abah makan kerepek tu.. abah layan jerlah dalam mamai mamai tu.. lepas tu terus dia suapkan kerepek tu sampai laa kerepek tu habis... Adik.. adik... Abah layan jerlah hehehe.. boleh baik demam terus kalau cam nih! hehehe

Ulasan

Kakzakie berkata…
Hihihi..... kalau ada gambar mesti best. Kakak dapat gambarkan macam mana mereka dok sumbat mulut abah mereka yg sedang nganga....:)
akudarikayangan berkata…
alolololo comelnyer keletah dorg....sy kt sni blh bygkn cmne....hehehe
Mama Kembar 3 berkata…
cute! hehe... sronok laa abah, tgh tido pun ada org tlg suap makan, konpem tak mimpi kelaparan hehehe
Ca Cik Duyung berkata…
alahai baiknya si adik..adik mmg lebih manja ngan abah yer berbanding abang ngan kakak2 dia? :)

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!