Syabas Malaysia!

Syabas Malaysia! Walaupun kalah 0-2 kepada Thailand bermain ditempat lawan, Abah rasa pemain Malaysia sudah memberikan aksi yang terbaik! Pada Abah game tadi oklah berdebar juga tunggu gol! Macam game final pula! Yelah.. lawan Thailand kan... antara pasukan terkuat di Asia Tenggara. Tapi malang, pihak lawan yang dapat gol!

Abah rasa bukan Abah sorang jer kot yang tak puas hati dengan tindakan pengadil tadi! Ramai lagi rakyat Malaysia yang tengok mesti tak puas hati juga! Rasa macam berat sebelah pun ada! Tak pasal-pasal seorang pemain Malaysia kena buang tadi si Fadli Shas tu... (edited)

Takde rezeki tahun ini untuk Malaysia mempertahankan Piala AFF Suzuki 2012. Lain tahunlah kita buru balik! Bagi sama Singapura ataupun Thailand pula! Sang Singa melawan Sang Gajah! Kita tengoklah siapa yang bawa balik Piala tu nanti!!

 Syabas Malaysia! Syabas Harimau Malaya!


Info lanjut perlawanan klik sini

Nota Kaki Abah:

Pada pendapat Abah laa.. ranking FIFA tu penting tau! Kalau tak kenapa FIFA susah payah nak buat kan? Pastu negara lain susah payah nak maintain kedudukan teratas!!

Err... kalau pengurus / jurulatih Chelsea nih dah kena pecat nih! hehehe

Ulasan

Mai Annur berkata…
kesian kat mat yo xde geng nak buat gol... smpai 4 org jage die.. ape2 pun syabas harimau malaya...

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!