Makan malam yang huru hara!

Mama pergi kursus kat Ipoh, Perak. Dia sampai lambat untuk ambil AMRAFAHAN,  jadi Abah kena ambil diorang kat taska. Disebabkan Abah dari Seremban,  Abah sampai lambat ke taska. Keluar dari opis lebih kurang 5.38pm, sampai taska dalam pukul 6.35pm. Itu pun Mama dah call, cikgu taska suruh ambil. Lebih pukul 5.45pm kena caj seorang RM5. Kalau 4 budak jadi RM20 laa. Abah pun silap lupa nak beritahu cikgu Abah ambil AMRAFAHAN lambat sikit sebab dari Seremban, takpelah yang penting AMRAFAHAN selamat walaupun bayar lebih sikit tadi.

Disebabkan Abah terlalu rajin nak masak, jadi Abah ajak laa AMRAFAHAN makan kat luar, makan kat kedai diorang cakap. Abah saja laa bawa kat medan selera presint 16 kat pusat kejiranan tu. Dari dalam kereta Abah dah pesan, turun kereta pimpin tangan, ermmm... sekejap jer diorang ikut arahan selebihnya semua nak jalan sendiri. Hehehe Sampai kat meja makan Abah suruh tunggu sekejap sebab kat situ semuanya self service. Baru nak gerak ke kaunter order makanan, dah beratur belakang bontot Abah nak ikut Abah. Nak taknak terpaksa cakap dengan diorang kalau tak dengar cakap Abah, kita balik! Hehehe menjadi taktik Abah. Duduk laa diam sekejap, pastu minta Abah duit syiling nak main duit pula! Kena laa bagi! Lepas tu Abah belikan air tin soya bagi minum sementara tunggu nasi goreng cina siap, dapat laa meredakan keadaan sekejap, lepas tu riuh balik! Diorang buat kedai makan tu macam kat taska jer, kelakar jer Abah tengok dari jauh!  Sembang sesama diorang,  main sesama, berebut dan macam-macam lah!

Bila makanan dah sampai, Abah dah bahagikan makanan dalam pinggan masing-masing, berebut pula nak hirup sup! Adoihh... ada yang nak buat sendiri, ada yang nak Abah suap, Abah tak ingat dah sapa! Hehehe. Si Abang bila dah habis makan dia nak pusing-pusing kedai, si kakak main ramas-ramas nasi sambil menjerit berulang kali "Abah!!! Kakak nak berak!!!" Adoihh Abah baru nak menghabiskan sisa-sisa nasi diorang,  si Kakak dengan si Angah dah menjerit nak berak!!! Nak berak!!! Aramak!!! Tapi Abah tak laa risau sangat sebab diorang pakai pampers, cuma Abah cakap diorang tunggu kejap! Berak kat toilet rumah! Hehehe Nasib laa rumah dekat lepas jalan tak jem, jadi cepat laa sampai rumah.

Kebetulan masa kami sampai rumah,  Mama pun sampai. AMRAFAHAN nampak Mama terus menjerit! Mama! Mama! Lupa terus nak berak agaknya. Hai lah anak-anak! Senyum sendiri bila teringat balik!! Hehehe

Nota Kaki Abah:
Gambar tak boleh letak sebab Abah belum buat ID baru. ID ni quota gambar dah penuh!  Huhuhu

Ulasan

Rai Ourkizuna berkata…
hebat sungguh abah..kami baru 2 orang budak..dengan 2 orang pun tak larat nak layan..da makan sikit diorang lari2 masuk bawak kerusi bagai..haih..
mmg kelakarkan bila handle diaorg sorang2,memula mmg cam geram jer...tapi, hakikatnya tulah benda paling bermakna
rusyda azizi berkata…
ermmm berita y menarik..jd siapa kata bapa tak pandai uruskan ank2 msh y msh kecil..semoga terus tabah dlm mmbesarkn ank2..

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!