Pesanan AMRAFAHAN pada Abah

Pagi tadi sebelum Abah pergi kerja, masa Abah nak masuk dalam kereta datang laa AMRAFAHAN kat Abah nak babai Abah. Si Abang ni sempat laa berpesan pada Abah... "Abah bangun awal tau! Jangan kencing kat tempat tidur macam Abang tau!" Adoihh!!! Abang nih! Ingatkan nak cakap apa tadi, lepas tu si Kakak pun pesan kat Abah juga "nanti jumpa lagi! Nanti Abah balik tidur dengan Kakak tau! Tidur peluk Kakak tau!" Si Angah "Kanti keluk Angah tau!" Si Adik "nanti peluk Adik tau!" Semua tiru Kakak diorang cakap! Comel jer! Abah jawab ok, dalam hati Insya Allah Abah balik kerja Abah bawa kereta elok-elok supaya selamat sampai boleh jumpa anak-anak Abah nanti! Rindu pula dengan diorang! Hehehe


Nota kaki Abah:
Abah dah selamat sampai kat rumah semalam! Duit RM20 tu Abah buat isi minyak kereta! Hehehe

Ulasan

fifahnazri berkata…
Anak2 memang penyejuk hati dan jiwa. Comel jea diorg bercakap dan selalunya mesti ayat2 yg kelakar keluar dr mulut diorang.. hahaa..
fifahnazri berkata…
Anak2 memang penyejuk hati dan jiwa. Comel jea diorg bercakap dan selalunya mesti ayat2 yg kelakar keluar dr mulut diorang.. hahaa..
shazrina berkata…
penyejuk di hati, penenang d jiwa ..
mama maman aka yana berkata…
bijaknya la.. geram kan.. *geram sayang la..:)

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!