Khamis, 12 Julai 2012

Tipon Abah masuk air!

Haa.. biasa tak guna istilah tipon masuk air nih? Kalau zaman topup dulu, bila kita habis kredit jer.. kita kabor kat kawan kita, tipon kita masuk air kan! Ingat ke tak tau? Remaja purba macam Abah ini sudah lalui pengalaman tu.

Tapi hari ini nak dijadikan cerita.. huhuhu.. kisahnya bermula malam tadi laa.. Abah caj telefon kat bilik tidur, lepas tu telefon tu letak laa atas tilam, masa bangun tidur tu telefon tu ada lagi bawah bantal, masih bersambung wayar caj dengan telefon tu. Pagi tadi pula si Adik dan si Angah mengamuk-ngamuk suruh suruh Abah bangun tidur.. lepas tu diorang ajak pergi mandi, jadi Abah mandikan laa si Auni Auni Auni nih.. Si Kakak ni rela hati mandi pagi-pagi nih, siap boleh main-main lagi, ermm.. air tak sejuk sangat laa sebab Abah on kan water heater, itu yang boleh mandi pagi-pagi tu. Bila dah lepas mandikan diorang tu, Abah mandikan si Abang pula, lepas siap tu, Abah tengok laa sekilas kat tilam tu, ermm.. Mama dah kemas tilam tu, cadar pun dah buka basuh sebab si Abang terkencing malam masa tidur. Ermm.. tapi tak nampak pun telefon cuma nampak charger jer. Abah cuba laa tengok bawah bantal tipon Abah tu, tak de juga, takpelah mesti AMRAFAHAN main ni!

Abah pun buat tak kisah, Abah pun bersiap laa nak pergi kerja. Sebelum keluar rumah tu, teringat laa tipon Abah tu, Abah tanya laa Mama, Nampak tak telefon Abah kat atas tilam tu? Mama kata takde pun masa dia kibas-kibas cadar tu, oklah Abah pun capai laa telefon rumah nak buat panggilan rindu kat nombor Abah tu, baru jer nak dail, tiba-tiba Mama MENJERIT!! Abah! Abah!! bunyi jeritan Mama tu sangatlah mencemaskan! ehh.. Abah terkejut laa ingatkan, ada lipas ke rimau nak kacau Mama, rupa-rupanya Mama tunjuk dekat Abah, tipon Abah tengah berair-air menitis ke bumi.. cewahh ayat... Abah terkelu tak berkata apa-apa... Senyum!! huhuhu... Ohhh!! telefon berkamera aku! Jadi bersih dan wangi kau hari ini yer, kena basuh dengan mesin basuh separuh automatik!! Abah tak on terus, lap-lap ala kadar, masukkan telefon dalam bag, lepas ambil telefon tanpa kamera Abah yang dahulu kala.. terus keluar rumah dan pergi kerja. Mama berulang-kali minta maaf pada Abah, siap suruh tukar lagi telefon dia dengan telefon Abah. Takpelah tak sempat nak tukar lagipun biarlah Mama pakai telefon dia tuh, nanti telefon berkamera Abah tu oklah bila dah kering kena jemur.. (huhuhu berdoa dalam hati mudah-mudahan tipon tu boleh hidup semula dari mati kelemasan!) Macam mana nak buat CPR kat tipon yang lemas kan.. jemur jerlah.. Sampai opis Abah terus laa jemur tipon tu, nampak laa air keluar dari celah-celah speaker, lepas tu kamera tu dah ada titisan air kat sebelah dalam. Ermm.. harap-harap lepas seminggu dua ni bolehlah guna tipon tu, nak jemur bagi dia kering betul-betul.. reda jerlah dengan apa yang jadi. Lepas tu baru teringat, tipon tanpa kamera Abah tu tak boleh masuk simkad kecil.. lagipun nak kuarkan simkad tu kena ada pin, huhuhu.. biarlah... tak boleh nak buat apa-apa.

Ermm... kalaulah telefon tu rosak, gambar-gambar dah backup, no tipon pun dah backup, yang lain-lain jer tak dapat backup macam azan dan bacaan solat kat Mekah dan Madinah masa Abah pergi umrah hari tu. Takde rezeki, takpelah, reda jerlah.. InsyaAllah ada rezeki lain tu.. :)

Haa nilah lebih kurang tipon Abah yang berkamera tu.. cuma tipon Abah dah takde antenna jer dan lain capnya!


Nota kaki Abah:
Ermm... lepas nih Abah tak boleh laa nak update cerita bergambar AMRAFAHAN, huhuhu (alasan!!!)
Pada kawan-kawan Abah tu, silalah berhubung Abah dengan FB ke YM ke email ker yer... errr.. kalau nak berhubung laa.. huhuhuhu...

3 ulasan:

ida berkata...

alamak, lepas borak dengan isk malam tu ker..huhuhu..

baru nak ajak main KIK KIK..aduh laaa

the-nnnana berkata...

masukkan dalam beras...beras akan serap air dalam tepon itu kua (mechanism terbaik)...saya tgk dlm NCIS...abby buat mcm itu waktu nak operate tepon...

Mama Kembar 3 berkata...

alahai abah... siannn. try laa petua the-nnnana tu, kot kot berkesan.

exabytes unlimited