Selesai dah majlis berbuka puasa dengan RALK

Alhamdullillah selamat dan selesai dah acara Majlis Berbuka Puasa dengan penghuni Rumah Amal Limpahan Kasih di Puchong. Seronok rasanya dapat sama-sama meraikan mereka. AMRAFAHAN tok sah cerita laa.. diorang buat tempat tu macam taska diorang jer.. lari ke sana ke mari... sampai Abah dengan Mama tak boleh kawal laa... kena tengok dengan mata jer.. perhatikan dari jauh.

Errmm... sebelum buka puasa tu, si Kakak dah merengek-rengek nak air.. alamak!! Abah cakap dengan Kakak belum lagi laa Kakak.. orang belum buka puasa lagi... tapi dia terus laa menangis minta air.. ermm.. sudahnya... nak taknak Abah ambilkan segelas air bagi dia minum. Bila dah habis tu dia mintak lagi sampai 3 kali berturut-turut.. Abah bagi jerlah.. lagi pun tak isi penuh gelas tu separuh jer.. haus sangat agaknya dia tu..   Masa Abah bawa dia minum tu, Abah bawa laa ke bahagian dapur jadi jauh sikit pada orang.. tapi kat bahagian dapur tu diorang tengah susun-susun kuih... Si kakak ni nampak pula kuih apam polkadot yang sangat sedap dan menyelerakan tekak Abah itu... kekeke... Si Kakak minta kuih apam.. Abah bagi laa satu.. lepas tu si Angah dengan Adik nampak Abah bagi kuih kat si Kakak.. diorang pun minta juga.. nak taknak kena laa bagi.. Dah larang tapi masih nak juga.. huhuhu... Rupa-rupanya kuih apam polkadot tuh siap dengan inti tu sedap rupanya... Bila Abah terleka AF AH AN dah pergi ambil sendiri kuih apam tu! huhuhu... lepas tu budak-budak lain pun nampak.. diorang pun serbu gak... tu belum buka puasa lagi tu.. kuih apam tu dah tinggal separuh... huhuhu.. Bila dihidangkan kuih tu untuk berbuka puasa, kuih apam tu licin dulu.. tak sempat Abah nak rasa.. huhuhu... takperlah.. nanti nak order lain laa.. sebab tengok anak-anak Abah makan sungguh menyelerakan. hehehe...

Menu yang dihidangkan memang sedap! Nasi briyani ayam masak merah dengan daging masak lupalah.. sebab dah masuk perut huhuhu... Campur dengan murtabak lagi sate lagi.. perghhh... kuih muih lagi.. buah lagi... dan lain-lain menu.. banyak sangat! naik 500gram berat badan Abah hari tu! hahaha...

Tapi saat sayu Abah bila selepas solat maghrib berselawat dan bersalaman dengan anak-anak RALK nih... nyaris laa nak nangis.. tapi sebab macho.. takdelah nangis hehehe... errmm... tak tau sebak camner... lagi-lagi bersalam dengan yang umur 3 tahun tuh... aduhh... sebaya dengan Auni Auni Auni jer...

InsyaAllah berkat doa dari semua orang InsyaAllah anak-anak ini akan berjaya dalam hidup masing-masing, boleh ubah nasib keluarga dengan didikan yang diberikan oleh ustaz-ustazah di RALK ni..

Akhir kata.. Abah nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua dermawan-dermawan yang sudi menghulurkan sumbangan buat mereka, sesungguhnya hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya dan semoga rezeki kalian melimpah ruah sampai bila-bila Amin Ya Rabbalalamin.. Tidak lupa juga kawan-kawan Abah samada AJK Kelab ataupun ahli Kelab yan terlibat secara langsung atau tidak langsung bertungkus lumus dalam menjayakan majlis ini agar berjalan dengan lancar. Terima kasih atas jasa kalian, semoga hidup kalian senantiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT  Amin...

Sesungguhnya yang buruk itu datang dari kita manusia hambaNya... yang baik itu dari Allah SWT.


Gambar sekitar majlis



Sehari sebelum majlis. Hantar dulu barang-barang sumbangan dari para dermawan..






Persiapan terakhir sebelum bermula majlis..



Ustaz Zawawi Pengetua RALK

Sebahagian penghuni lelaki

Penghuni perempuan


AMR

Baju pemberian NGO


Berbuka ringan dulu! Tapi macam berat jer.. huhuhu

Antara orang-orang kuat... kuat makan! kekeke peace yo!!





Si Abang main gendang!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Resepi Air Cocktail AMRAFAHAN!

Awekku bagi badan sebagai hadiah!!