Rabu, 1 Ogos 2012

Cuti awak dibekukan!!

Boss: Huszaini, cuti awak dibekukan! Tak boleh cuti raya. Cuti awak dah tinggal 5 hari!
Abah: Ok! Saya terima! dan faham!

huhuhuhu... baru tadi Boss beritau Abah masa budak-budak opis tengah sibuk nak tanda bila bercuti. Huhuhu.. Abah tengok jerlah borang tu! dengan perasaan sedih! Tapi itu laa hakikatnya.. kena laa terima. Cuti Abah dah banyak guna masa pergi umrah hari tu. Ermm... sempat laa beraya dengan AMRAFAHAN sampai raya ke 3 InsyaAllah. Lepas tu dah kena balik awal dah. AMRAFAHAN dan Mama tinggal dulu kat kampung.

Bila difikirkan balik, bukan Abah seorang jer yang kena bekerja pada hari raya, ramai lagi yang terpaksa bekerja di hari raya pertama dan kedua seperti doktor, jururawat, polis, askar dan ramai golongan lagi. Masing-masing kena berkorban demi mencari rezeki buat keluarga. Itulah hakikat kehidupan yang kita kena terima. Tapi Abah percaya itu semua aturan Maha Esa. Dia lebih tahu dari hambaNya ini.

Korang macam mana pula? Bagi yang tak bekerja tu, mudah sikit nak adjust masa ikut keluarga, bagi yang bekerja inilah masanya untuk berkorban! Lepas orang lain cuti kita cuti pula kan! Hehehe



Nota Kaki Abah:
Dah dapat bayangkan semasa kerja dalam mood raya, errmmm... banyak rumah nak diserbu nih! hehehe (ayat sedapkan hati!) huhuhu

Tiba-tiba rindu nak makan ketupat palas Mak buat! huhuhu

15 ulasan:

[n a j e e b] berkata...

yeay! tahun ni dapat balik cuti raya lama sikit....seminggu!

selalu tiap2 tahun kena cover opis, raya ke-3 dah duduk makan kuih raya kat opis sorang2...

hehehehehe!!

Tanpa Nama berkata...

salam ziarah ;)
http://jaripenatmenaip.blogspot.com/

Unknown berkata...

Aku pun Kene keje gak time Raye

Unknown berkata...

Aku pun Kene keje gak time Raye

Rai berkata...

akak saya pun dapat cuti sampai 3 hari raya je..insya allah ada hikmahnya..boleh pakat kenduri kuih raya..lagi pun masa tu office mesti tak ramai org lagi..

NorMala Bahar berkata...

@[n a j e e b]

saje nak bakar je la tu.. sbb dia dapat cuti raya lame.. hihihi.. beraya dimana tahun ni AmrAfAhAn..

Mama Kembar 3 berkata...

alaa sian. takpa takpa, pasang je lagu raya kuat kuat kat opis & bawak kuih raya 3, 4 balang. enjoy makan sorang sorang sampai buncit hehehe

PRIMADONA BRANDLICIOUS berkata...

Suami sy Raya ke2 dah kena kijer.. lg sedih, andai sy da bersalin time tuh.. lagilahhhhh sedih... takpe, dia mencari rejeki yg halal... janji raya pertama tuh penting

Huszaini Haron berkata...

@[n a j e e b] yelahhhhhhhhhhhh huh!

Huszaini Haron berkata...

@Anonymous terima kasih datang!

Huszaini Haron berkata...

@Unknown huhuhu sabor jerlah..

Huszaini Haron berkata...

@Rai ermm.. tulah tapi tak bestnya.. AMRAFAHAN semua kat kg lagi

Huszaini Haron berkata...

@NorMala Bahar balik penang kampung wife

Huszaini Haron berkata...

@Mama Kembar 3 oh tidak! hahaha

Huszaini Haron berkata...

@PRIMADONA BRANDLICIOUS haah yg penting raya pertama dapat bersama.. dapat bermaafan

exabytes unlimited