Catatan

Happy Birthday Abang!!

Imej
Hari ini hari lahir anak Abah yang pertama iaitu Aqil Muhammad Rayyan aka AMR aka Abang. Masih abah teringat lagi saat-saat Abang nak keluar dari Mama, macam mana kuatnya jeritan Mama (hehehe Mama jangan marah aa..) nak keluarkan Abang dari perut Mama tuh.. Sedar tak sedar dah 4 tahun berlalu.. Sekejapnya masa berlalu.. Abang pun semakin bijak berkata-kata, nakal-nakal manja dah pandai mengaji dan menyanyi... sampai Abah terikut laa lagu nyanyian Abang tu.. Abah doakan Abang membesar jadi anak yang soleh, beriman, berakhlak mulia, hormati orang tua, membaca dan menghafal Al-Quran dan segala-gala yang baiklah.. InsyaAllah. Abah dan Mama sayang Abang dan Adik-adik sangat-sangat!!! Happy Birthday to you! Happy birthday to you! Happy birthday to Abang! Happy birthday to you!! Sayang Abang sangat-sangat!!

Kaki Kakak luka terbelah!

Imej
Sekarang ini Abah dekat Hospital Kota Tinggi kat unit kecemasan. Bawa Kakak aka AF sebab luka terbelah macam separuh duit syiling 10 sen. Kejadian ini terjadi tadi sebelum nak keluar rumah pergi makan. Sebelum keluar tu Abah bagi makan arnab dulu. Lepas tu ajak kakak. Tiba-tiba dia datang kat Abah dia cakap sakit kaki. Bila tengok kaki dia dah keluar darah banyak, cepat-cepat Abah basuh dan tekan tempat luka tu tak bagi darah keluar lagi. Masa basuh tu darah menjijis-jijis keluar! Kakak dah nangis-nangis... "Darah! Darah!" Cakap Kakak. Abah cepat-cepat suruh anak buah Abah ambil 1st aid kits dalam kereta. Haii... Nasib laa Abah memang standby 1 set kat bonnet kereta. Abah cepat-cepat letak ubat kuning pada kain jarang-jarang tu.. ala yang orang buat balut luka tuh! Apa nama dia.. goose ke hapa tah.. macam bunyi angsa jer.. huhuhu.. Lepas bubuh ubat terus balut ketat-ketat tak bagi darah keluar. Cancel terus nak pergi makan.. Ehh... Nama Kakak dah dipanggil! Nanti sambung....

1111 dah!!! Terima kasih!!!

Imej
1111 umpama mewakili setiap seorang anak abah! hehehe.. setakat nih laa.. kot laa tetiba dimasa depan ada rezeki lagi jadi laa 11111... Amin... hehehe.. Err.. Mama ok ke?? hehehe Terima kasih pada semua pembaca dan follower blog AMRAFAHAN yang tak seberapa nih.. Peace Yo!! Abah pun tak tau laa kenapa sejak balik dari Umrah nih, kemain malas lagi nak update blog... hadoih.. padahal macam macam cerita dalam kepala otak nih.. InsyaAllah lepas nih Abah lebih rajin kot.. Amin.. Err.. nak bitau korang nih... AMRAFAHAN n the gang dah keluar kat MAJALAH ANIQAH bulan Mei 2012. Tapi ada ayat kat dalam majalah tu yang jadikannya Abah rasa tak best... huhuhu... nantilah Abah cerita yer.. mungkin sebab tu kot.. mood nak update blog takde.. Tapi abah tak salahkan sapa-sapa.. maybe wartawan tu nak sedapkan ayat dan cerita dia.. oklah.. tak mo citer lagi.. rasa tak best nih.. huhuhu... kalau tak sabar nak tunggu abah cerita maybe korang boleh cari sendiri majalah tu dan baca.. maybe koran...

Tengok Abah jumpa siapa?!!

Imej
Hehehe... Mula-mula jumpa kat ladang Tamar kat Madinah. Lepas tu jumpa masa tengah saie, jumpa lagi masa tawaf. Last sekali jumpa kat airport sebelum nak balik. Dia datang dengan famili dia. Dia memang baik peramah dan tak sombong. Terima kasih Ahmad Idham kerana sudi melayan kerenah kumpulan jemaah kami! Nota kaki Abah: Err... Takde laa pula Abah minta nak berlakon dengan dia. Tau memang takde bakat pun. Hehehe

Dah pandai cakap dah!! Rinduuuu!!!

Imej
Hari ini Abah mencilok cerita AMRAFAHAN dari status FB Mama. Yelahh... Nak cerita apa kan?!! Kalau dah Abahnya jauh dari diorang. AN: Abam! Angan acau! AH: Abanggg!! Kangan kakau! AF: Abanggg!! Jangan kacau laa.. By: 3 budak muka sama Pencerita asal: Mama Nota kaki Abah: Seriously Abah rindu sangat sangat sangat sangat kat AMRAFAHAN ni!

Selepas Potong!!

Imej
Hehehe imej baru Abah! Lebih kurang 30 tahun Abah tak pernah potong rambut botak macam ini. Sejarah dalam hidup Abah nih! Tapi sempena buat Umrah ini, Abah dah berniat nak cukur kepala ini. Mudah-mudahan gugurlah dosa-dosa Abah yang banyak ini. Amin... Lepas botak tu, Abah balik hotel lepas itu masuk bilik mak Abah, yang buka pintu tu makcik Abah... Dia tengok Abah buat muka pelik lepas tu terus gelak berdekah-dekah!! Hehehe lepas tu dia cakap "Haa.. ini barulah Kojack!! Err... Korang tau Kojack?! Kenal?! Google sendiri yer... Nanti baru korang paham agaknya. Untuk pengetahuan korang, Keluarga sebelah abah Abah, memang panggil Abah Kojack dari sejak baby lagi... Panggilan tu membawak laa sampai ke besar ini. Kira gelaran keluarga laa... Tapi korang panggil Abah nama Zaini laa.. hehehe Mengikut cerita mak Abah, sejak lahir sampai umur berapa tah.. lebih laa 4 bulan, kepala Abah takde rambut, ada rambut hauls-halus jer, kebetulan masa tu tengah popular cerita Kojak, heronya...

Sebelum Potong!!!

Imej
Takmau taip bebanyak!! Hehehe... Tunggu... Selepas Potong pula!! Err... Kat sini baru pukul 10.22 malam... Waktu Abah post nih... Korang dah terbongkang baekk punya!!! Hehehe